Counterpoint: OnePlus Kini Berada Dalam 5 Senarai Teratas Peranti Premium

OnePlus One dilancarkan pada tahun 2014 dengan hasrat untuk menandingi peranti mercu lain. Pada waktu ini, OnePlus juga telah berjaya menjual peranti mercu mereka pada harga murah dan secara tidak lansung telah ‘membunuh’ peranti mercu lain. Disebabkan ini, OnePlus terkenal dengan gelaran #FlagshipKiller.

Tahun demi tahun, OnePlus dilihat sudah bertambah maju dan dilihat sudah meraih populariti orang ramai. Sejak OnePlus 6, harga OnePlus di Malaysia telah mencecah lebih RM2000 dan tidak lagi bersaing dengan peranti mercu lain. Ini kerana sudah terdapat pengeluar lain yang menandingi OnePlus.

Kini buat pertama kalinya, OnePlus berada dalam senarai lima teratas untuk kategori telefon pintar premium. Senarai ini adalah untuk peranti yang dijual pada harga melebihi $400 (~RM1653). Harga rasmi OnePlus 6T di Malaysia adalah dari RM2458 – RM3399 (Edisi McLaren). OnePlus telah meliputi 2% pasaran pada tahun 2018 untuk telefon pintar premium.

Seperti biasa, di tangga pertama adalah Apple. Kerana siapa yang tidak kenal produk Apple, iPhone yang sedia dijual pada harga mahal dan sentiasa terkenal sebagai peranti premium. Di tangga kedua adalah Samsung, diikuti pula dengan Huawei dan kemudiannya Oppo. Pembaca Amanz, jika anda pengguna OnePlus – bangga atau tidak? Kerana anda kini berada di kalangan pengguna telefon pintar premium.

Sumber : Amanz