Gerai peniaga nasi lemak musnah dilanggar lori

Hasrat seorang peniaga nasi lemak untuk mencari rezeki hari ini tidak kesampaian apabila gerainya dilanggar oleh sebuah lori. 
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi tadi di Taman Iping, Batu Maung, Pulau Pinang, gerai nasi lemak itu dilanggar kenderaan berat itu yang dipercayai mengalami masalah. 
Difahamkan, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan hanya gerai nasi lemak yang musnah akibat kemalangan itu. 
Menurut sumber, lori itu terdahulu diletakkan di atas ‘divider’ dan apabila pemandunya menghidupkan enjin, kenderaan itu secara tiba-tiba meluru ke depan lalu merempuh gerai terbabit. 
“Sebenarnya lori itu parking atas divider. Start enjin nak jalan, lori itu meluru merempuh gerai. Tidak dapat dipastikan sama ada breknya rosak atau apa. 
“Lori itu tidak sepatutnya parking di divider. Lori tanah, besar kot. Habis semua kena rempuh. Gerai itu pun bukan niaga rapat ke jalan, ada jarak juga. 
“Peniaga okey, tak ada mangsa yang cedera. Nasib baik orang yang beli, baru je beredar. Kereta pun sempat dialihkan. Kalau tidak, dengan kereta-kereta sekali kena langgar,” kata Muniemie Iera.

Sementara itu, anak kepada pemandu lori, Noor Azli, memaklumkan perkara itu telah diselesaikan. 
Benda dah settle. Dia tu (pemandu lori) ayah saya. Dia parking situ sebab nak jalan jauh. Lori dia ada problem. takkan saja-saja dia nak langgar. Benda nak jadi, kita tak tahu,” jelasnya. 
Sumber: Penang Kini

Sumber : TheReporter