Huawei Share 3.0 – Perkongsian Fail Di Tempat Kerja Kini Lebih Mudah

Sehingga hari ini, terdapat pelbagai teknologi dan perisian yang menawarkan variasi fungsi kepada pengguna. Kehadiran teknologi terbaru sudah tidak asing lagi bahkan dengan adanya teknologi terbaru, ia dapat membantu dalam memudahkan kerja dan aktiviti sesetengah individu.

Oleh itu, Huawei tidak ketinggalan dalam membawakan teknologi perkongsian fail dan dokumen yang dinamakan Huawei Share 3.0.

Terdapat beberapa peranti dari Huawei yang telah mempunyai fungsi Huawei Share 3.0 ini termasuk Huawei MateBook 13 bagi jenis komputer riba padat. Manakala untuk telefon pintar pula, Huawei Share 3.0 hadir dalam siri Huawei P30 dan Huawei Mate 20 secara terbina padanya.

Teknologi ini telah diperkenalkan dalam siri Huawei Mate 20 dan ia berupaya memindahkan sehingga 1000 gambar ke komputer riba anda dalam masa 2 saat. Teknologi Huawei Share 3.0 adalah ciri berasaskan NFC yang digunakan oleh telefon bimbit Huawei yang dilengkapi dengan cip NFC dan sistem EMUI 9.0.

Ketika pengenalan Huawei Share 3.0 yang terbina pada Huawei MateBook 13 yang lalu, jenama ini turut memperlihatkan sokongan pemindahan gambar yang pantas antara peranti. Huawei MateBook 13 merupakan ultrabook pertama dari Huawei yang menyokong teknologi Huawei Share 3.0 dengan fungsi ‘One Tap To Share’.

Huawei Share 3.0 Memudahkan Perkongsian Fail Dan Dokumen Di Pejabat

Jika anda berada di tempat kerja, sudah tentu pelbagai data dan maklumat yang perlu anda kendali dan kemaskini dalam jangka masa pendek. Kadangkala, anda pasti akan terikat dengan garis masa yang telah ditetapkan oleh majikan atau klien.

Perkongsian dan permindahan fail dari telefon pintar ke komputer riba anda adalah bukan suatu kerja yang mudah. Malah, apabila berlaku sesuatu masalah ketika pemindahan dokumen atau gambar bukan menjadi perkara yang asing lagi bagi sesetengah individu.

1. Perkongsian Dokumen Dengan Kapasiti Besar Tanpa Masalah

Kebanyakkan individu menghadapi masalah perkongsian untuk fail atau dokumen dengan kapasiti yang besar. Kadangkala, sesetengah peranti tidak dapat menyokong pemindahan fail secara terus dari peranti lain. Dengan terbinanya  fungsi ‘One Tap To Share’ pada Huawei MateBook 13, perkongsian dan pemindahan fail menjadi lebih mudah. Huawei MateBook 13 ini hadir dengan spesifikasi cip pemproses Intel Core i5, 8GB RAM serta pilihan storan 256GB atau 512GB, selain dilengkapi kad grafik NVIDIA MX150. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan menghadapi masalah perkongsian fail secara terus antara peranti.

Menerusi teknologi ini, proses pemindahan dokumen antara peranti menjadi lebih baik selain membolehkan anda berkongsi lebih daripada satu fail pada sesuatu masa. Dengan Huawei Share 3.0 juga, ia dapat menjimatkan masa ketika pemindahan fail bersaiz besar atau lebih daripada 200MB.

2. Perkongsian Secara Nirwayar

Selain keupayaan untuk memindahkan fail berkapasiti besar melalui fungsi One Tap to Share, proses penyalinan nota dan kandungan dari telefon adalah lebih mudah. Anda boleh mengakses kandungan dari telefon pintar anda di Huawei MateBook 13 tanpa perlu menaip semula. Malah, anda juga masih boleh berkongsi kandungan walaupun terdapat masalah pada sambungan Internet di pejabat anda. Hal ini kerana Huawei Share 3.0 ini menawarkan sokongan sistem perkongsian terkini secara NFC dan audio Dolby Atmos.

Berbeza dengan fungsi pemindahan yang lain, Huawei Share 3.0 dapat mengesan peranti Huawei yang lain dengan pantas melalui Bluetooth dan WLAN. Proses penghantaran tersebut tidak memerlukan data dan lebih mudah dan efisyen tanpa sebarang penggunaan kabel, selain kelajuan tanpa wayar tersebut boleh mencapai 30MB/S dan hanya mengambil masa dalam dua minit untuk memindahkan 1,000 gambar dari telefon pintar ke komputer riba.

3. Sokongan Rakaman Skrin Terus Pada Telefon Pintar

Dengan teknologi Huawei Share 3.0, Huawei MateBook 13 tidak lagi menggunakan kabel untuk memudahkan proses perkongsian gambar. Selagi telefon pintar Huawei anda menyokong fungsi NFC dan EMUI versi 9.0 dan keatas, anda boleh terus buka dan pilih gambar dari telefon anda dan ‘tap’ pada logo Huawei Share pada MateBook 13 dan ia akan secara automatik berpindah ke dalam komputer.

Menurut Huawei, Huawei Share 3.0 ini berfungsi antara telefon dan komputer riba, yang mana pengguna boleh melakukan sentuhan pada paparan Matebook untuk memilih kawasan untuk rakaman skrin. Antara fungsi lain Huawei Share 3.0 termasuk menggoncang atau mengetik telefon pintar untuk merakam sehingga 60 saat tangkapan skrin masa nyata dari komputer riba merentas ke peranti anda.

Untuk fungsi rakaman skrin, anda boleh merakam reka betuk lukisan, aplikasi permainan atau laman sesawang. Fungsi ini boleh diakses terus menerusi peranti Windows dan Android anda tanpa halangan sewaktu perkongsian. Walau bagaimanapun, anda memerlukan satu peranti Huawei untuk menggunakan Huawei Share, kerana perkhidmatan itu  hanya disokong oleh peranti Huawei dengan versi EMUI9.1 dan PC Manager 9.1 yang akan dikemaskini tidak lama lagi.


Kesimpulannya, dengan Huawei Share 3.0 ini, tugasan anda di pejabat akan menjdai lebih mudah yang mana ianya membolehkan segala kandungan pejabat dimaksimumkan dan akan meningkatkan kecekapan penyuntingan dan pengubahsuaian dokumen. Perkongsian dan pemindahan dokumen menerusi fungsi ‘One Tap To Share’ yang terbina pada kerangka peranti Huawei merupakan satu solusi dan teknologi yang menarik.

Di Malaysia, Huawei Matebook 13 ini membawakan tanda harga RM3999 bagi versi Intel Core i5, memori sebesar 8GB RAM dan 256GB storan, selain dilengkapi kad grafik NVIDIA MX150. Manakala, versi yang dijana dengan Intel Core i7, 8GB RAM, dan 512GB storan, serta sokongan kad grafik NVIDIA MX150 ditawarkan pada harga RM4399.

Selain itu, Huawei MateBook 13 mempunyai jangka hayat bateri yang lama juga mampu capai permainan semula video selama 10 jam, penggunaan pejabat selama 9.1 jam dan pelayaran web selama 7.3 jam dimana ianya mampu memberi respon kepada pelanggan pada bila bila masa dan di mana jua. Dengan Huawei Shark Fin 2.0 yang terbina pada Huawei MateBook 13, ia menghasilkan kadar tiupan kipas 25% lebih tinggi daripada kipas biasa. Oleh itu, prestasi komputer riba ini akan berjalan dengan lebih lancar walaupun sesuatu tugasan itu susah, ianya tetap boleh dilakukan.

Untuk setiap pembelian Huawei MateBook, anda boleh mendapatkan tawaran hadiah percuma seperti Huawei Bag Pack, Huawei Bluetooth Mouse, serta akses Microsoft Office 365 untuk setahun. Anda boleh mula membeli komputer riba Huawei Matebook 13 ini melalui laman rasmi Huawei Malaysia ataupun pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia. Bagi yang berminat, layari laman web Huawei Mall untuk maklumat yang lebih lanjut.

Layari: Huawei Mall

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

Sumber : Amanz