“Siapa Buat Ni? Kamek Mau Sekolah Tok,” Terjejas Teruk Akibat Asap, Pembakaran Hutan Kuala Baram Semakin Merebak

Pagi ini heboh di perkatakan di group negeri Sarawak tentang kebakaran yang berlaku di sebuah hutan di Miri, Sarawak. Terdapat juga video yang dirakam memaparkan asap jerebu yang memenuhi langit Kuala baram.  Memetik Bernama, kebakaran di sini dikatakan semakin merebak dan keluasan kawasan yang terjejas bertambah menjadi 100 hektar.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong menyatakan  bahawa operasi pemadaman api kini sedang dijalankan oleh unit udara bomba. Tambahnya lagi, keadaan angin kencang dan masalah air menyumbang kepada faktor merebaknya api tersebut sehingga ke kawasan berhampiran Universiti Curtin.

Di samping itu, Datuk Sebastian Ting Chew Yew Anggota Dewan Undangan Negeri Piasau telah menyumbangkan topeng muka kepada pelajar sekolah menengah dan rendah yang teruk terjejas akibat asap kebakaran. Beliau turut menyarankan agar pembenihan awan dilakukan di bandar raya ini bagi menangani masalah ini.

Sumber : SiakapKeli