KKM Putrajaya Senaraikan 7 Makanan Mengandungi Garam Yang Tinggi, Mee Kolok Dan Mee Kari Antara Yang Tersenarai

Menurut entri terbaru laman twitter KKM Putrajaya, minggu ini adalah Minggu Kesedaran Garam 2019. Sehubungan dengan itu, KKM Putrajaya menyenaraikan 7 jenis masakan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi kerana menggunakan banyak sos dan perencah dalam masakan tersebut.

Ini adalah 7 jenis makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi yang disenaraikan KKM Putrajaya:

1. Mee Kolok/Kampua mee

2. Mee kari 3. Sayur goreng sos tiram

4. Mee segera goreng

5. Mee sup

6. Sayur goreng ikan masin

7. Nasi goreng

KKM Putrajaya juga turut menasihatkan pengikut-pengikut twitternya agar mengawal makanan-makanan tersebut dalam penggunaan bahan perencah dan sos yang boleh meningkatkan kandungan garam dalam satu hidangan

Sumber : SiakapKeli