Vivo Memperlihatkan Jadual Pengenalan Kemaskini Android Pie – Funtouch OS 9.0 Beta

Vivo dan banyak syarikat pengeluar telefon pintar dari China, terkenal dengan sistem operasi tersendiri mereka dengan tema yang berat. Tema ini adalah secara mendalam sehingga keseluruhan antaramuka menjadikan sistem operasi Android itu kelihatan berbeza dan unik.

Funtouch OS adalah milik Vivo dan yang terkini adalah Funtouch OS 9.0. Funtouch OS 9.0 adalah berasaskan Android 9.0 Pie yang hadir dengan antaramuka yang lebih segar, sokongan Always-On display, sokongan tema gelap, mod permua dan banyak lagi pengoptimasian prestasi. Terkini, Vivo telah kongsikan jadual pengenalan kemaskini Funtouch OS 9.0 untuk peranti-peranti mereka. Kemaskini ini adalah untuk versi beta dan juga untuk peranti versi China.

Peranti Tarikh
X21/X21UD Awal Jun
X21i Sudah Boleh Diuji
X21s Awal Jun
Z1 Sudah Boleh Diuji
Z1i Sudah Boleh Diuji
X23 Sudah Boleh Diuji
X23 Symphony Sudah Boleh Diuji
Nex A Awal Jun
Nex S Awal Jun
Nex Dual Display Edition Awal Jun
Z3 Hujung Julai
Z3i Awal Jun

Funtouch OS ini turut membawakan 72 ciri unik dan 55 pengoptimasian dalam sistem yang tidak ada dalam sistem operasi Android biasa. Antaramuka terbaru turut memfokuskan peranti dengan skrin FullView mereka.

Sayang sekali, untuk beberapa peranti – Vivo tidak kongsikan tarikh sebenar dan jangkaan sahaja. Apa-apa pun, agak menarik untuk lihat Vivo mula menjaga kemaskini peranti peranti. Jika di China sudah ada, versi global pasti akan hadir dalam masa terdekat.

Sumber : Amanz