Yakuza Menghambakan Industri Hiburan Dan Selebriti Jepun

Pada
Ogos 2011, dunia komedi dikejutkan dengan media-media yang memaparkan kepada
umum mengenai persahabatan antara pelawak popular, Shimada Shinsuke dan
Hashimoto, ketua kumpulan yakuza Kyokushin Rengo-kai di Osaka. Penyebaran
berita telah menyebabkan Shimada mengumumkan persaraannya dari dunia hiburan.

Kenapa
jika ada hubungan dengan Yakuza, hatta pelawak komedi pun terpaksa melepaskan
jawatannya? Persoalannya hanya boleh dijawab dengan salah satu kes yang juga
popular di dunia hiburan Jepun.

Rola dan kontrak perhambaan seks serta dadah

Rola
seorang model dan artis yang meningkat naik dengan jayanya. Ditambah pula
dengan kacukan Bengali-Jepun serta punyai susur galur Rusia dalam dirinya,
menjadikan ia selebriti tarento
(selebriti luar Jepun) terkenal di Jepun. Kehebatan kariernya mencerminkan
betapa inilah kejayaan yang diidam-idamkan oleh ramai artis yang sedang meniti
tangga untuk ke puncak.

Namum,
tidak semuanya baik disebalik kejayaan luar biasa ini. Majalah mingguan, Shukan
Bunshun melaporkan bahawa Rola telah dikunci dengan kontrak yang nampaknya
seperti kontrak perhambaan dengan agensinya, Libera Production. Rola juga ada
memberitahu bahawa dia ada diperas ugut, disekat kewangan dan juga penggunaan
dadah dalam kariernya. Rola juga melaporkan dalam media bahawa dia
mempersoalkan mengenai ke mana perginya 
wang yang sepatutnya diterimanya menghilang termasuklah wang kebajikan
amal.

Perkara
seperti ini, iaitu agensi mengambil kesempatan terhadap wanita muda dalam dunia
hiburam adalah tidak mengejutkan. Ini kerana mereka adalah sasaran yang paling
mudah diperkotak katikkan.

Dalam
kes Rola, jika dia mahu berhenti dari agensi tersebut agak sukar kerana agensi
tersebut dari awalnya telah memegang segala aset dan maklumatnya. Bila-bila
masa sahaja maklumat buruk mengenainya boleh disebarkan serta agensi lain
diminta menyekat ia diterima masuk oleh mereka semua.

Hakikatnya,
pihak polis memang sedaya upaya menghalang operasi yakuza, namun dalam sektor
ini, ia adalah operasi polis paling gagal untuk mengawalnya.

Tugas ejen dalam Agensi Bakat di Jepun

Dunia
hiburan Jepun sekali lagi pernah digemparkan apabila wanita Jepun pertama yang
dinobatkan sebagai Miss International sejak 5 dekad yang lalu, Ikumi Yoshimatsu
mengeluarkan suatu kenyataan akhbar. Kenyataan itu menyatakan bahawa syarikat
produksi yang pernah dia tolak tawaran untuk berkhidmat itu terkait dengan yakuza
telah buat pelbagai perkara kepadanya. Ia termasuklah diganggu oleh seorang pengurus
sewaktu dia berada dalam sesi rakaman rancangan televisyen. Pihak produksi itu
juga dilaporkan memghantar pengintip ke rumahnya dan surat ugutan kepada
keluarganya.

Pendedahan
Ikumi Yoshimatsu ini telah mendapat sokongan ramai termasuk isteri Shinzo Abe,
Perdana Menteri Jepun. Apa yang mengejutkan lagi, salah seorang ketua Yakuza
yang pernah terlibat dalam kerja-kerja agensi bakat ini telah mendedahkan satu
dokumen dan temu ramah mengenai kerja-kerja kotor yang dibuat oleh penjenayah dalam
agensi seperti ini.

Satu
temu ramah telah dibuat antara media, The Daily Beast bersama Kazuo Kasaoka,
ketua kumpulan Matsurua-Gumi (Kobe). Dalam temu ramah, dia telah mendedahkan
segala tindakan ejen agensi bakat termasuklah ejen yang pernah menarik Miss
International Jepun tadi. Ejen tersebut bernama Ikuo Suho. Menurut Kasaoka,
Suho adalah “kepala besar bagi industri hiburan Jepun” ada melakukan
tiga perkara ini:

1)
Suho akan menggunakan mana-mana sahaja kumpulan yakuza untuk bantu dia
menyelesaikan masalahnya.

2)
Suho akan bekerjasama dengan pengintip, untuk mempergunakan kumpulan yakuza
atau kumpulan bersayap kanan bagi menghancurkan karier selebriti yang menentang
mereka.

3)
Kasaoka sendiri pernah terlibat menjalankan parti liar yang dipenuhi seks dan
dadah untuk syarikat produksi dan penaja.

Inilah sisi gelap industri hiburan Jepun

Industri
hiburan Jepun termasuk J-Pop sentiasa berkembang hingga semakin merapati
kehebatan industri anime. Ia menawarkan impian kepada anak muda untuk menjadi
idola. Namun, impian ini telah ditunggang oleh kumpulan jenayah termasuk yakuza
hingga terpaksa mereka menjadi hamba seks, dadah dan jenis-jenis perhambaan
yang lain.

Pihak
autoriti sudah cuba membendung perkara ini sebaik mungkin. Undang-undang anti-intipan
sudah pun dilaksanakan. Mungkin ia mampu membendung budaya pengintipan ejen
agensi bakat terhadap selebriti yang bekerja dibawahnya. Namun, undang-undang
masih terlalu lemah dan mempunyai ruang untuk dieksploitasi.

RUJUKAN:

  1. The
    Yakuza Are Running Japan’s Hollywood. https://www.thedailybeast.com/the-yakuza-are-running-japans-hollywood
  2. Yakuza,
    drugs, ‘slave’ contracts: how Japanese TV star Rola became latest victim of a
    murky celebrity industry. https://www.scmp.com/week-asia/society/article/2112457/yakuza-drugs-slave-contracts-how-japanese-tv-star-rola-became
  3. Made
    men: Tokyo-based ‘yakuza’ talent agency delivers the real deal. https://www.japantimes.co.jp/culture/2018/08/15/entertainment-news/made-men-tokyo-based-yakuza-talent-agency-delivers-real-deal/
  4. Sex
    and Yakuza: The Dark Side of the J-Pop Idol Industry. https://goboiano.com/sex-and-yakuza-the-dark-side-of-the-j-pop-idol-industry/
  5. Andrew
    Rankin, ‘Recent Trends in Organized Crime in Japan: Yakuza vs the Police, &
    Foreign Crime Gangs’ Part 2,’ The Asia-Pacific Journal Vol 10, Issue 7, No 1,
    February 20, 2012.

The post Yakuza Menghambakan Industri Hiburan Dan Selebriti Jepun appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots