Tragedi Berdarah, Bilah Kipas ‘Siat’ Muka Jururawat Sedang Bertugas

Tular di media sosial gambar seorang jururawat berlumuran darah apabila bilah kipas di sebuah sekolah di Skudai, Johor Bahru terpelanting ke arah mukanya.

Kejadian berlaku semasa mangsa mengunjungi sekolah tersebut bagi membuat pemeriksaan kepada para pelajar.

Bilah kipas yang sedang berpusing itu tiba-tiba patah dan mengenai bahagian mukanya.

Rata-rata netizen mendakwa insiden berlaku daripada keadaan kipas yang sudah usang.

Gambar jururawat sedang dirawat lengkap berpakaian uniform tular beberapa hari lalu dengan kesan darah di baju.

Sumber: Twitter

Sumber : SiakapKeli