Baru Umur 4 Tahun, 18 Batang Gigi Terpaksa Dicabut Gara-Gara Sikap Tak Ambil Kisah Ibu Bapa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Manusia mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu yang kebiasaannya terdiri dari 20 batang akan mula tumbuh pada umur lebih kurang 6 bulan. Manakala, gigi kekal pula kebiasaannya berjulah sebanyak 32 batang dan akan mula tumbuh apabila kanak0-kanak berusia lebih kurang 6 tahun.

Pertumbuhan gigi adalah mengikut turutan tertentu dan bercorak simetri. pada rahang yang sama, gigi akan mula muncul dalam masa 6 bulan selepas pasangannya tumbuh. Berkaitan waktu gigi tumbuh, mungkin terdapat sedikit perbezaan di antara individu. Ini kerana terdapat perbezaan faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan gigi seperti faktor etnik, jantina, persekitaran dan individu sendiri.

Namun, jika dilihat pada hari ini, masih ramai lagi masyarakat terutama ibu bapa yang memandang enteng tentang penjagaan gigi susu anak mereka. Dr Ib Shah baru ini telah meluahkan kerisauannya terhadap sikap ibu bapa yang memandang enteng isu ini selepas tularnya kes seorang kanak-kanak 4 tahun yang terpaksa dibedah bagi mengeluarkan 18 batang gigi yang telah rosak dari 20 batang jumlah keseluruhannya.

Sumber: Dr Ib Shah

Sumber : SiakapKeli