Wang Tunai USD 20,000 Dan HUAWEI P30 Pro Ini Mungkin Milik Anda

HUAWEI baru-baru ini telah melancarkan model flagship terkini mereka, HUAWEI P30 dan HUAWEI P30 Pro untuk pasaran Malaysia pada 2 April.

Manakala peranti bangsawan berkenaan mula ditawarkan dalam pasaran bermula 6 April kemudian. Bertemakan ‘HUAWEI Rewrite The Rules of Photography’, dua buah model P30 merupakan peranti yang menawarkan fungsi dan kemampuan kamera pada telefon terbaik yang boleh anda dapatkan daripada pasaran ketika ini.

Bagi memeriahkan lagi kehadiran satu-satunya peranti dengan keupayaan zoom pada kamera sehingga 50 kali itu, HUAWEI akan mengadakan satu pertandngan bagi mencari pemilik kepada hadiah-hadiah seperti HUAWEI P30 Pro, HUAWEI NOVA 4, HUAWEI WATCH GT serta wang tunai sebanyak USD 20,000.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu mengambil gambar dengan mana-mana model telefon pintar yang pernah dikeluarkan oleh HUAWEI. Para peserta boleh mengemukakan sehingga 30 gambar bagi setiap akaun.

Lebih menarik semua penyertaan juga layak untuk memasuki satu lagi pertandingan fotografi yang dikenali sebagai NEXT Image Award di bawah 6 kategori yang ditetapkan iaitu Faces, Going The Distance, Hello, Life!, Storyboard, #Emotion Tag dan Life Now.

Usah khuatir jika anda merasakan skill fotografi anda tidaklah sehebat mana kerana HUAWEI sedia berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk mengambil gambar yang sempurna bersempena pertandingan yang diadakan.

Berikut adalah tips yang boleh anda ikuti:

1. Lowlight Photography

Dengan menggunakan peranti HUAWEI dengan kamera berkuasa tinggi, mengambil gambar Lowlight bukanlah satu masalah.

Misalnya dengan HUAWEI P30 Pro yang mempunyai tahap sensitiviti ISO maksimum pada 409,600, gambar yang diambil tetap jelas kelihatan biarpun dengan pencahayaan yang minimum.

Anda boleh melihat perbezaan dalam dua keeping gambar di atas yang diambil menggunakan HUAWEI P30 Pro dan peranti jenama I.

Jika anda berminat mengambil gambar Lowlight, terdapat dua kategori NEXT Imag Award yang layak anda sertai iaitu Going The Distance, Hello, Life! dan #Emotion Tag.

2. Zoom

Selain keupayaan Lowlight Photography yang terbaik, peranti-peranti daripada HUAWEI juga mempunyai kamera dengan kuasa Zoom luar biasa seperti HUAWEI P30 Pro.

HUAWEI P30 Pro misalnya mempunyai keupayaan zooming pada 5x optical zoom, 10x hybrid zoom sehinggalah 50x zoom.

Anda boleh mengambil pelbagai gambar daripada sudut yang berbeza dengan tetapan zoom yang ada pada peranti HUAWEI milik anda.

Sekiranya skill zoom menjadi pilihan, anda layak menyertai NEXT Image Award dalam kategori Going The Distance dan Hello, Life!.

3. Ultra Wide Angle

Dengan HUAWEI P30 Pro, anda boleh mengambil gambar wide angle kerana peranti ini didatangkan dengan lensa 20MP 16mm-equivalent wide angle.

Seperti peranti-peranti HUAWEI yang lain juga, anda boleh menyertai pertandingan ini dengan mengambil gambar secara wide angle.

Sekiranya anda menghantar gambar wide angle untuk penyertaan kali ini, anda juga layak menyertai NEXT Image Award dalam kategori Going The Distance, Hello, Life!.

4. Micro Photo

Mungkin dalam kalangan anda ada yang berminat dengan seni fotografi mikro. Mengambil gambar-gambar dengan perincian yang sangat jelas adalah sesuatu yang ditawarkan oleh HUAWEI melalui peranti flagshipnya seperti HUAWEI P30 Pro ini.

Tidak perlu membeli DLSR atau lensa yang mahal-mahal, HUAWEI ada untuk memenuhi minat dan hobi anda.

Antara gambar-gambar mikro yang boleh anda ambil adalah seperti kepak kupu-kupu ataupun titisan air, cumanya perlukan sedikit kretiviti daripada anda.

Kategori yang layak untuk anda sertai adalah Going The Distance dan #Emotion Tag

5. Potrait

Peranti-peranti daripada HUAWEI juga menawarkan keupayaan mengambil gambar potrait dengan efek bokeh setara dengan keupayaan yang ditawarkan oleh DSLR.

Dengan teknologi ToF yang ada pada HUAWEI P30 Pro, apa yang perlu anda buat adalah memilih tetapan Potrait pada kamera dan ambil gambar objek pada jarak 2 meter.

Bagi gambar potrait, anda layak untuk menyertai NEXT Image Award bagi kategori #Emotion Tag dan Hello, Life!.

Untuk yang bertanya mengenai syarat-syarat penyertaan HUAWEI Rewrite The Rules of Photography, anda perlu mematuhi perkara-perkara di bawah.

1. Ambil gambar kretiviti anda dengan menggunakan mana-mana peranti keluaran HUAWEI. Pastikan tetapan water-mark pada kamera diaktifkan.

2. Setiap gambar perlu disertakan dengan kapsyen menarik yang menerangkan gambar yang diambil.

3. Muat naik gambar tersebut di akaun media sosial berserta kapsyen dan hastag yang ditetapkan.

4. Setiap akaun boleh menghantar penyertaan sehingga 30 keping gambar.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, anda boleh layari The Star, Berita Harian, Harian Metro, Sin Chew dan Oriental Daily News.

Oh ya, sebelum terlupa, mana-mana penyertaan oleh anda dalam NEXT Image Award juga layak menerima baucer bernilai RM 50 daripada HUAWEI Shop.

Layari laman web dan facebook HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Sumber : SiakapKeli