Bila Pelawak Jadi Perdana Menteri

Susah juga nak bayangkan kalau Lan Pet Pet menjadi PM Malaysia. Tapi itulah yang berlaku di Ukraine – seorang pelakon komedi bernama Volodymyr Zelensky menewaskan Presiden Petro Poroshenko dengan undian 70%.

Zelensky baru berumur 41 tahun. Pengalaman politik kosong. Sejak umur 17 menceburi dunia hiburan. Yang membuat dia dikenali ramai ialah drama bersiri popular “Sluha Narodu” (Hamba Rakyat) yang disiarkan sejak tahun 2015.

Dalam drama tersebut, Zelensky memainkan watak seorang guru sekolah menengah yang menjadi Presiden Ukraine secara kebetulan. Dan kemenangan Zelensky kali ini pun nampak sangat “kebetulan”. Parti dia pun hanya ditubuhkan pada tahun 2018 oleh krew produksi TV yang menghasilkan drama tersebut. Nama parti pun sama iaitu Sluha Narodu. Tak tau lah diorang ni tengah troll ke buat reality show.

Ukraine ni bukanlah negara yang kaya, tapi ia merupakan negara buffer antara NATO dan Rusia. Jadi ramai risau juga adakah Zelensky mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua negara, lebih-lebih lagi Ukraine masih bergelut dengan konflik pemisah di timur Ukraine sejak tahun 2014 (konflik yang membawa kepada kejadian MH17).

Real test kepada kepimpinan Zelensky ialah bagaimana dia akan menguruskan konflik pemisah yang dipercayai didalangi oleh Rusia. Secara umum, pemerhati politik antarabangsa skeptik dengan kebolehan seorang pelakon komedi dalam hal ini.

Kemenangan Zelensky kali ini juga boleh ditafsirkan sebagai fenomena kebangkitan populisme yang melanda dunia sekarang. Krisis keyakinan terhadap golongan elit membuat rakyat menolak calon-calon seperti Poroshenko (Presiden bertahan) dan Yulia Tymoshenko (bekas PM), dan memilih Zelensky yang fresh latar belakang.

Keadaan ini lebih kurang seperti kemenangan Trump di mana sebahagian rakyat US menzahirkan kekecewaan mereka terhadap elit seperti Hillary Clinton dengan memilih Trump. Pengundi populis ni berharap, orang seperti Trump dan Zelensky yang masih “bersih” akan membawa perubahan kepada “sistem” yang sudah rosak. Apatah lagi imej Zelensky sebagai “pelawan korupsi” sudah tertanam di kalangan rakyat Ukraine.

Tapi itu pandangan pengundi yang naif. Nak faham politik, tengoklah who’s behind the money.

Sebenarnya, hampir semua demokrasi adalah oligarki (sistem yang didominasi oleh kapitalis). Calon-calon yang dipertaruhkan dalam pilihanraya sebenarnya lebih kepada proksi kumpulan kepentingan. Macam saya pernah ulas, di Thailand, pilihanraya adalah pertarungan antara “old money” dan “new money” (Thaksin).

Di Ukraine juga wujud beberapa “oligarch” (taikun besar) yang mendominasi politik. Poroshenko sendiri ialah “Chocolate King” sebelum menceburi politik. Tymoshenko ialah “Gas Princess” yang menguruskan syarikat gas asli. Malah konflik pemisah pun sebenarnya ialah perang proski antara oligarch yang mempunyai pengaruh ke atas kawasan masing-masing.

Di belakang Zelensky ialah Ihor Kolomoisky. Kolomoiksy ialah bos kumpulan syarikat Privat Group, pemilik stesen TV 1+1 yang menghasilkan siri “Sluha Narodu”. Haah, so nampak tak game dia macam mana.

Kolomoiksy adn Poroshenko bermusuhan kerana Poroshenko menasionalisasikan bank milik Kolomoiksy. Jadi berkemungkinan besar, Zelensky hanya anak catur Kolomoisky untuk menjatuhkan Poroshenko.

Itulah realiti demokrasi yang sadis. Di kala rakyat percaya mereka ialah “master of their own fate”, mereka sebenarnya hanya sebahagian daripada permainan golongan oligarch. Lebih-lebih lagi mereka cakna politik berdasarkan apa yang mereka rasa cool dan popular, bukan berdasarkan wisdom dan prudence.

The post Bila Pelawak Jadi Perdana Menteri appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots