#Amanz24 – Realme 3 Pro, Samsung Galaxy Fold Ditangguhkan

Realme kini telah melancarkan dua telefon pintar baru, iaitu Realme 3 Pro dan juga Realme C2. Menjadi fokus adalah Realme 3 Pro yang hadir dengan penawaran kamera menarik, selain cip pemprosesan yang berupaya menjalankan permainan Fortnite tanpa masalah.

Samsung kini telah mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan menangguhkan pelancaran Galaxy Fold pada peringkat global – dan hanya akan dipasarkan dalam beberapa minggu lagi selepas beberapa masalah diatasi.

Dan akhir sekali, kerajaan menyasarkan pengenalan 5G untuk industri seawal 2020 kelak, sebelum ia hadir untuk pengguna awam setahun selepasnya.

Sumber : Amanz