Huawei Menyangkal Ura-Ura Jualan Mate X Juga Akan Ditangguh

Samsung telah mengesahkan jualan Galaxy Fold di Malaysia dan Global akan ditangguh bagi menyelesaikan beberapa masalah yang melibatkan skrin. Seperti kami laporkan pengguna awal melaporkan skrin mudah rosak selepas hanya sehari digunakan. Pada hari yang sama mula kedengaran pula ura-ura Huawei Mate X juga akan ditangguh pelancarannya ke bulan September.

Menurut laman Phoenix Technology, Huawei telah menyangkal ura-ura ini dan berkata Mate X akan dijual pada bulan Jun seperti yang dirancang sebelum ini. Tidak seperti Samsung, Huawei nampaknya tidak mempunyai masalah dengan skrin yang mungkin rosak selepas digunakan. Ini adalah agak mengejutkan kerana selepas kedua-dua peranti diperlihatkan dua bulan yang lalu, ramai merasakan rekaan Samsung kelihatan lebih tahan lasak kerana ia melipat ke dalam.

Sumber : Amanz