Tak Puas Hati Dengan Bekas Isteri, Lelaki Hantar Gambar Pijak Dan Kurung Anak Umur Setahun Dalam Sangkar Anjing

Seorang bapa bertindak ingin membalas dendam kepada bekas isterinya dengan menunjukkan gambar anak yang dikurung di sebuah sangkar besi dan ‘memijak’ muka anaknya.

Suspek didakwa mengalami tekanan selepas ditinggalkan. Pun begitu, ia dilepaskan kepada anak perempuannya yang hanya berusia satu tahun.

Gambar kanak-kanak diletakkan di dalam sangkar anjing menjadi tular di media sosial dan dikongsi lebih 50,000 kali serta memperoleh lebih 20,000 komen.

Mangsa dikatakan tinggal bersama bapanya sejak penceraian tahun lalu.  Gambar-gambar tersebut diambil di rumahnya di Wilayah Guangdong, China.

Pihak berkuasa memberitahu media bahawa suspek mengaku menghantar gambar-gambar penderaan anaknya kepada bekas isteri.

Mereka juga masih meneliti kes dan tidak mendedahkan sama ada ia mungkin kehilangan haknya sebagai ibu bapa kerana tindakan mengunci dan memijak muka kanak-kanak itu.

Sumber: Daily Mail

Sumber : SiakapKeli