Kawasan Yang Akan Mengalami Gangguan Bekalan Air Esok Kini Boleh Dilihat Menerusi Google Maps

Bermula esok kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, termasuk Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan air sehingga 14 jam. Ini adalah kerana proses penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2). Bagi mereka yang masih tidak mengetahui sama ada kawasan mereka terjejas, ia kini boleh dilihat secara visual menerusi Google Maps.

Peta kawasan yang terjejas ini dihasilkan secara sukarela oleh MambangStory seorang pengguna Twitter sebentar tadi. Kini kawasan yang terjejas dapat dilihat dengan lebih mudah lengkap dengan tarikh bilakah bekalan air akan dipulihkan semula.

Dapat dilihat dengan jelas kesemua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air bermula esok. Yang mengecewakan ialah sepatutnya maklumat seperti ini diberikan sendiri oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Pengurusan Air Selangor bukannya diusahakan oleh orang awam.

Kawasan air yang terjejas kerana proses selenggara LRA SSP2 di Google Maps

Sumber : Amanz