Fenomena Aurora Boleh Mengancam Keseluruhan Tamadun Manusia

Baru-baru ini NASA telah mendedahkan gambar fenomena aurora yang terbaru serta mengeluarkan amaran merbahaya kerana ianya boleh mengancam keseluruhan hidupan bumi.

Pakar astronomi menyatakan bahawa cahaya aurora tersebut merupakan petanda kepada fenomena yang boleh meruntuhkan keseluruhan tamadun moden yang ada pada hari ini.

Cahaya aurora terjadi daripada ledakan api kecil di matahari sehingga ia tembus ke atmosfera bumi.

Pada kebiasaanya, ribut solar ini bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan.

Walaupun begitu, ianya akan menyebabkan kekacauan pada bumi kerana dikhuathiri membawa ribut yang kuat daripada matahari yang boleh menyebabkan kekacauan di seluruh dunia serta berisiko memutuskan sistem komunikasi di bumi.

“Kagumi keindahannya namun takut kepada kuasanya. Keindahannya itu adalah salah satu tarikannya. Disini berlakunya pembentukan pusaran hijau, sambil dilitupi awan yang indah dengan bulan yang terang dan dihiasi dengan bintang sebagai latar belakang.

“Raksasa ini adalah satu ombak partikel yang membentuk aurora namun ianya bakal memberi kesan yang buruk kepada keseluruhan tamadun manusia suatu hari nanti,” Jelas NASA.

Ribut solar yang paling terkenal pernah berlaku pada tahun 1859 semasa ‘kejadian korona’, apabila nadi zarah bercas yang dihasilkan semasa letusan solar membadai magnetosfera bumi.

Jikalau perkara ini terjadi pada hari ini, kesannya pasti akan membinasakan.

Sumber: Metro.UK

Sumber : SiakapKeli