Thor: Dewa Terkuat Mitologi Norse

Thor,
namanya kalau tidak diambil menjadi sebahagian daripada komik superhero Marvel,
atau menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe, tentunya kita tidak
mungkin mengenalinya. Mungkin nama Thor akan tenggelam dalam nama-nama
dewa-dewa purba yang namanya diabadikan pada mitologi-mitologi bangsa diseluruh
dunia.

Terima
kasih kepada Marvel, Thor mungkin tidak akan menjadi makhluk mitologi paling
terkenal di zaman moden. Namun, kisah sebenar Thor dalam mitologi adalah jauh
berbeza dengan yang digambarkan dalam komik. Thor bukan adiwira, tetapi dewa
bengis yang garang dan mempunyai nafsu membunuh yang membuak-buak.

Anak
kepada Odin dan Fyorgyn ini merupakan antara dewa yang terpenting dan terkuat
dalam mitologi Norse itu sendiri. Bentuk fizikal Thor adalah berambut dan
berjanggut kemerah-merahan. Bahkan Thor dilabelkan sebagai antara dewa yang
terkuat antara dewa-dewa lain dalam sejarah. Selalunya, Thor dikaitkan sebagai
dewa ribut dan dewa petir, di samping juga sering dikaitkan dengan kekuatan,
guruh, dan pokok oak.

Thor
juga dikaitkan dengan hari Khamis (Thursday) di mana perkataan Thursday itu
datang daripada perkataan Torsdag pada bahasa negara-negara Scandinavia, dan di
negara Jerman, ia juga dipanggil sebagai Donnerstag yang kedua-dua perkataan
ini bermaksud hari penuh petir. Sebab itu juga di negara Germanik, kita dapat
melihat Thor wujud dan dikenali sebagai Donar.

Walaupun
sedemikian dikenali sebagai dewa yang terkuat, Thor tidaklah terlalu bijak dan
sering diperbodoh-bodohkan oleh para gergasi. Ini membuatkan Thor yang panas
baran itu selalu memukul mereka dengan tukulnya yang bermana Mjolnir. Apabila
Thor marah, dia selalu menghasilkan bunyi yang kuat bersama dengan percikan eletrik
dan juga kilat disekitar tubuhnya, menyebabkan para gergasi ketakutan. Mungkin
sebab ini juga, Thor sangat gemar mencari gaduh dengan para gergasi.

Di
Asgard, Thor tinggal di dalam sebuah rumah yang mampu memuatkan lebih 540 buah
bilik. Rumah tersebut dikenali sebagai rumah yang paling besar di Asgard. Nama
untuk rumah ini ialah “Palace Of Might.” Ahli keluarga Thor ialah isterinya
sendiri yang bernama Sif, dewi yang dikaitkan dengan kesuburan. Thor mempunyai
dua orang anaknya iaitu Magni, Trud dan Modi, serta mempunyai anak angkat
bernama Ullr. Terdapat juga seekor gergasi bernama Jarnsaxa tinggal bersama
Thor di rumah tersebut. Selain itu, terdapat juga dua hamba Thor bernama
Thialfi (lelaki) dan Roskva (perempuan).

Thor
memiliki sebuah pedati yang ditarik oleh dua ekor kambing raksasa bernama
Tanngniost dan Tanngrisnir yang digunakan untuk merentasi langit. Dua ekor
kambing ini boleh dijadikan makanan dan hidup semula pada keesokan harinya.
Syaratnya ialah tulang kedua-dua ekor kambing ini mestilah tidak terusik,
nescaya pada esoknya nanti ia akan kembali dalam keadaan sempurna, seolah-olah
seperti malam sebelumnya, dagingnya tidak pernah dimamah langsung.

Dua
orang hamba ini yang disebut dalam awal artikel datang daripada sebuah ladang
di Migard. Mereka ialah peladang yang miskin. Pada suatu masa dahulu, Thor dan
Loki pernah tinggal di ladang ini untuk satu malam. Thor berkongsi daging
kambingnya untuk dinikmati oleh dua orang peladang ini.

Malangnya,
Thialfi telah mematahkan salah satu tulang kambing yang menarik pedati Thor dan
menghisap ke tulang hitamnya. Apabila keesokan harinya, ketika kambing tersebut
dihidupkan semula, Thor mendapati bahawa kambingnya tempang dan ternyatalah dua
orang peladang itu telah mengusik tulang si kambing. Dengan perasaan yang marah
dan bengang, Thor mengarahkan Thialfi dan Roskva untuk ikut ke Asgard dan
berkhidmat sebagai hambanya.

Thor
juga sering dilihat membawa tukul besinya yang dikenali sebagai Mjolnir yang
juga dikaitkan dengan petir dan guruh Mjolnir dibina oleh dwarf bernama Brokkr
dan Eiteri kepada Thor. Kekuatan tukul ini dikatakan mampu memanggil kilat dan
petir, dan menghancurkan sebuah gunung.  Thor
boleh melontarkan tukulnya untuk mengenai sasaran sebelum ia akan berputar lalu
kembali ke tangannya. Tukul ini juga mampu menghidupkan haiwan dan manusia. Mjolnir
juga digunakan dalam upacara-upacara ritual melibatkan kelahiran atau kematian.

Selain
itu, senjata yang dimiliki oleh Thor ialah sejenis sarung tangan (gauntlet)
bernama Járnglófar dan Megingjard, sejenis tali pinggang yang dimana kalau
disarungkan pada tubuh Thor itu sendiri, ia akan menggandakan kekuatan yang
dimilikinya.

Pernah suatu masa, Asgard, dunia yang
menempatkan para dewa dalam mitologi Norse rosak kerana peperangan saudara antara
para dewa. Salah seekor gergasi yang menghuni alam itu menawarkan untuk
memperbaiki Asgard dalam masa yang sangat singkat. Tetapi yang dipinta oleh
gergasi adalah bulan, matahari, bahkan dewi jelita bernama Freyia yang selalu
dikaitkan dengan cinta, seks, kecantikan, emas, perang, kematian dan kesuburan.
Namun ketika kerja memperbaiki alam Asgard yang musnah itu hampir siap, Thor
tiba-tiba telah membunuh gergasi tersebut.

Menggunakan senjata dan segala alat
sakti yang mengelilinginya, haiwan raksasa yang setia di sisi, tidak lupa juga
kebolehannya mengawal petir dan ribut, Thor terkenal dengan kisah penuh kejam
melawan pelbagai raksasa dan mengalahkan mereka. Contohnya ketika pada
dewa-dewa mengadakan jamuan. Gergasi bernama Ægir diamanahkan untuk menguruskannya.
Namun, Ægir meminta sebuah labu gergasi, yang hanya boleh didapati pada seekor
gergasi bernama Hymir.

Maka, Thor menawarkan dirinya untuk
bertemu dengan Hymir. Pada pertengahan misi mendapatkan labu gergasi, Thor dan
Hymir dalam ekpedisi memancing. Pada waktu inilah di mana Thor hampir sahaja
menangkap seekor ular gergasi (serpent) Jormungand. Jormungand ini jugalah yang
kononnya akan membunuh Thor pada Ragnarok nanti.

Ragnarok ialah sejenis hari kiamat
yang diceritakan dalam mitologi Norse itu sendiri. Kononnya nanti Thor dan
Jormungand akan saling bertempur, sebelum Jormungand berjaya dibunuh. Namun
nanti akhirnya Thor akan tewas juga kerana bisa Jormungand itu senditri.

The post Thor: Dewa Terkuat Mitologi Norse appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots