Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula Hari Ini – Berharga RM1399

Pengeluar telefon sering menghadirkan peranti edisi khas dalam mempromosikan lagi peranti mereka. Kita telah melihat OnePlus telah hadir dengan OnePlus 6 edisi Avengers dan Samsung Galaxy S6 Edge dengan versi Iron Man. Bersempena dengan tanyangan Avengers End Game yang bermula pada hari ini, OPPO telah melancarkan peranti edisi khas ini untuk pasaran tempatan.

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition menawarkan rekaan peranti yang cukup unik, dengan membawa logo Avengers di bahagian belakang peranti. Ia turut digarap dengan kemasan berkilau, melalui kombinasi warna biru dan warna merah. Apa yang istimewanya lagi, OPPO turut menyertakan kotak pembelian khas dan kerangka istimewa yang bertemakan filem ini.

Oppo F11 Pro membawakan paparan 6.53-inci LTPS LCD, cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan dalaman 128GB. Untuk sokongan penggambaran, ia menyertakan dwi-kamera belakang 48MP + 5MP, selain menawarkan kamera hadapan 16MP yang boleh dikeluarkan secara automatik. Apa yang menarik, ia turut dilengkapi kapasiti bateri 4000 mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition telah ditawarkan secara terhad pada harga peranti yang sama iaitu RM1399. Ia boleh dipra-tempah bermula hari ini melalui laman rasmi dan kedai-kedai fizikal rasmi OPPO Malaysia.

Sumber : Amanz