Razer Blade 17 Pro Dan Blade 15 Dilancarkan Dengan Kad Grafik GTX 2080 Serta Skrin 240Hz

Razer mengemaskini dua komputer riba Blade mereka pagi ni dengan penambahbaikan pada teknologi skrin, pemproses serta kad grafik yang digunakan. Kita mulakan dengan Razer Blade 17 Pro yang merupakan model yang paling berkuasa dengan skrin 17.3” FHD dengan kadar segar semula  144Hz, dijana cip Intel Core i7-9750H enam teras, memori sehingga 16GB RAM DDR4 dan storan 512 PCIe SSD.

Kad grafik yang ditawarkan adalah sehingga NVIDIA GeForce RTX 2080 Max-Q. Terdapat kamera infra merah pada bezel skrin yang menyokong sistem Windows Hello. Papan kekunci pula mempunyai sistem lampu LED Razer Chroma yang boleh dikustomasi. Kerana ia sebuah komputer riba untuk permainan video, Razer Blade 17 Pro turut mempunyai sistem penyejukan kebuk wasap.

Razer Blade 15 pula hadir dengan pilihan skrin 15.6” FHD (1920×1080) 240Hz atau 4K OLED yang memaparkan gambar yang jauh lebih tajam. Ini dipadakan pula dengan cip Intel Core i7-9750H CPU, memori sehingga 16GB RAM DDR4 dan storan 256 PCIe SSD. Seperti Blade 17 Pro, Blade 15 turut ditawarkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Max-Q. Skrin Blade 15 mempunyai sokongan sesentuh dan seperti produk lain Razer, papan kekunci berlampu dengan sistem Razer Chroma.

Di Amerika Syarikat Razer Blade 15 dijual pada harga bermula dari $1999 (~RM 8260) manakala Razer Blade 17 Pro pula dijual pada harga bermula $2499 (~RM 10327) sebuah.

Sumber : Amanz