Chrome Menjenamakan Semula Fungsi “Data Saver” Kepada “Lite Mode”

Chrome sedia menyertakan sebuah ciri penjimatan data yang dinamakan sebagai “Data Saver” pada aplikasi pelayar web mereka untuk peranti mudah-alih. Kini, Chrome mengambil langkah untuk menjenamakannya semula, dimana ciri berkenaan akan mula dikenali dengan nama baharu, Lite Mode.

Chrome Lite Mode

Melalui Lite Mode, ia menawarkan penjimatan penggunaan data. Chrome akan mengaktifkan ciri Lite Mode sekiranya mereka menyasarkan untuk memuatkan sesuatu laman web mengambil masa lebih daripada 5 saat.

Google mengatakan Chrome untuk Android sahaja ditawarkan dengan ciri Lite Mode ini, sementara pemalam khusus “Chrome Data Saver” untuk Chrome di desktop akan dihentikan bermula versi terbaru ini.

Sumber : Amanz