Samsung Galaxy A50 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM999

Samsung Galaxy A50 merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Samsung yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, dan ditawarkan pada harga RM1199 di Malaysia. Menariknya, kini terdapat beberapa penjual yang menawarkan diskaun, termasuk kedai popular All-IT yang menawarkannya pada harga RM999.

Samsung Galaxy A50 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ Super AMOLED bertakuk, dijana cip Exynos 9610, menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, memori 6GB RAM dan storan 128GB.

Ia turut menggunakan tri-kamera belakang gabungan 25MP + 8MP + 5MP. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera hadapan 25-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar ini dalam masa terdekat, mungkin boleh menyemak penawaran Samsung Galaxy A50 ini hari ini.

Beli : Samsung Galaxy A50

Sumber : Amanz