Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Kini Rasmi

Semalam NVIDIA secara rasmi melancarkan kad grafik GeForce GTX 1650 mereka. Ini ialah kad grafik yang telah digunakan pada lebih 20 komputer riba terkini termasuk Acer Nitro 5  yang kami laporkan beberapa jam yang lalu. Ia sebuah lagi kad grafik yang menggunakan cip berasaskan Turing.

Menurut NVIDIA, GeForce GTX 1650 menawarkan 10X kemampuan grafik sebuah cip grafik terbina, 2X kemampuan grafik GTX 950 dan 1.7x kemampuan GTX 1050. Cip grafik ini dipadankan pula dengan 4GB GDDR5 VRAM dan penggunaan kuasa sekitar 75W. Ia turut dilengkapi 896 teras CUDA dengan kemampuan memproses grafik sehingga 3 TFLOPS. Sebagai perbandingan GeForce GTX 1660 yang dilancarkan Mac lalu hadir dengan 6GB GDDR5 VRAM, 1408 teras CUDA, menggunakan 120W dan kemampuan memproses grafik sehingga 5 TFLOPS.

Sumber : Amanz