Gelagat Muslimah Ini ‘Posing’ Di Depan Himpunan Protes Anti-Islam Mencuit Hati Warga Maya

Seorang Muslimah berusia 24 tahun yang juga ahli terapi kanak-kanak autisme menjadi ikon sekelip mata apabila tindakan bersahajanya berswafoto di depan sekelompok individu yang mengadakan protes anti-Islam menjadi tular.

Shaymaa Ismaa’eel ketika itu menghadiri Kovensyen Islamic Circle of North America Ahad lepas sebelum bertembung dengan orang ramai yang berhimpun di depan venue majlis, melaungkan slogan-slogan serta menaikkan sepanduk anti-Islam.

”Pada 21 April, saya tersenyum bergambar di hadapan kumpulan protes dan berjalan meninggalkan lokasi dengan perasaan bangga,” katanya dalam satu tweet.

Shaymaa turut memberitahu bahawa peserta-peserta kovensyen yang lain memilih untuk mengelak daripada bertembung dengan kumpulan berkenaan bagaimanapun dia mendapat idea untuk bergambar dihadapan mereka.

”Saya memanggil rakan saya, Jemilah dan berkata, ”Itu mereka, boleh kamu ambilkan gambar saya”.

”Kemudian saya menghampiri kumpulan itu dan mereka menjerit ke arah saya. Saya bertanya kepada polis sama ada saya boleh berdiri di situ dan mereka tidak membenarkannya, ketika itu saya rasa teruja,” katanya lagi.

Beberapa peserta kovensyen yang lain turut berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapan dengan kumpulan berkenaan.

Sumber: SBS News

Sumber : SiakapKeli