Tanda Awal Alzheimer: Percaya Penipuan Atas Talian Mungkin Petanda Awal Demensia

Kajian daripada pakar perubatan baru-baru ini menyatakan bahawa jika seseorang warga emas mudah tertipu dengan ‘trik’ mudah, ia mungkin petanda awal mereka menghidapi demensia.

Demensia adalah salah satu penyakit otak yang progresif. Ia membawa kepada penurunan tahap penggunaan kualiti otak sehingga menjejaskan aktiviti harian dan boleh menyebabkan seseorang memerlukan penjaga sepanjang masa. Sebahagian penyakit kurang/tidak mampu mengawal emosi sendiri dan sukar untuk menyelesaikan masalah mudah.

Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Annals of Internal Medicine itu melibatkan 935 orang tua di daerah metropolitan Chicago yang setiap dari peserta tidak didiagnosis menderita. Peserta kemudianya mendaftar dan mengisi borang soal selidik untuk menguji kesedaran mereka terhadap penipuan.

Lima soalan tersebut direka untuk mengukur keterbukaan mereka kepada sesuatu jualan, sikap mereka terhadap perlaburan berisiko dan bagaimana maklumat mereka mengenai penipuan yang mensasarkan kepada mereka. Setiap tahun untuk enam tahun berikutnya, setiap peserta menjalani ujian neuropsikologi untuk memeriksa kecacatan Alzheimer dan kecacatan kognitif ringan.

Penyelidik di Pusat Penyakit Alzheimer di Chicago yang mengetuai penyelidikan itu juga melakukan autopsi otak terhadap 264 indiidu yang telah meninggal dunia sepanjang tempoh kajian yang dilakukan. Ujian-ujian itu adalah untuk mencari pembentukan meta-amyloid dan beberapa lagi perihal untuk mengesan kehadiran penyakit alzheimer.

Skor rendah mengenai ujian kesedaran berkait rapat dengan tanda-tanda di otak yang berkaitan dengan penyakit alzheimer dan kecacatan kognitif ringan.

Dr. Patricia Boyle, Profesor Sains Tingkah Laku di Pusat Penyakit Alzheimer Pusat Perubatan Universiti Rush memberitahu bahawa pengkururan kesedaran penipuan yang dijalankan dan digunakan dalam kajian ini agak singkat dan ia tidak dibangunkan untuk digunakan dalam tetapan klinikal. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk mengenalpasti tahap risiko seseorang untuk melihat kerosakan kognitif. Dalam kajian ini, ia menunjukan bahawa penilaian tingkah laku seperti kesedaran penipuan memegang janji untuk pengesanan awal, tetapi kerja tambahan diperlukan untuk membangun dan mengesahkan langkah-langkah yang sesuai untuk digunakan dalam tetapan klinikal.

Dalam kajian ini juga, Dr. Jason Karlawish dari Sekolah Perubatan Perelman, Universiti Pennsylvania menggambarkan bagaimana penjenayah meyakinkan pesakit bahawa mereka memenangi loteri, dan berjaya mencuri sebahagianya besar simpananya.

“Pesakit kami yang lebih tua lebih mudah ditipu dan ada yang membuat keputusan pelaburan yang tidak sesuai sehingga ada yang tidak dapat membayar ubat, makanan dan penjagaan diri untuk jangka panjang” tambahnya. Dengan kajian yang dijalankan ini, beliau berharap agar ia membantu seseorang sedar dan mengetahui keadaan diri mereka dan orang sekeliling.

Simptom lain untuk penyakit ini juga termasuklah hilang ingatan, kesukaran dalam menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, sukar untuk menyampaikan sesuatu informasi, sukar membuat perancangan, serta perubahan persepsi yang tidak disebabkan masalah mata dan kekeliruan melibatkan hari dan bulan.

Buat masa ini, tidak ada ubat lagi yang mampu menyembuhkan penyakit alzheimer dan para doktor  juga menasihati warga tua untuk datang berjumpa dengan doktor bagi melihat tahap dan kondisi keadaan diri mereka. Jika didapati pesakit mempunyai masalah yang melibatkan keadaan otak mereka, doktor akan membantu untuk melambatkan kerosakan yang berlaku di dalam otak.

FBI juga menasihatkan warga emas untuk tidak terpengaruh dengan tawaran yang diperkatakan oleh mereka yang tidak dikenali. Cari dan tanya informasi yang diterima kepada mereka yang dipercayai. Ini adalah untuk mengelakan mereka dari tertipu dengan kegiatan sendiket atas talian. Mereka yang menjalankan ‘scam’ juga lebih mensasarkan warga emas berbanding golongan muda.

Sumber: Newsweek:

Sumber : SiakapKeli