‘Please lah young parents, ini filem 3 jam’ – Penonton bengang ibubapa bawa anak kecik tengok Avenger: Endgame sehingga ganggu konsentrasi

Filem Avengers: Endgame yang baru ditayangkan di pawagam seluruh negara mendapat banyak sambutan peminat filem Marvel itu. Beberapa hari sebelum ditayangkan saja, filem itu sudah mengaut keuntungan jutaan dollar. 

Di hari pertama tayangan, timbul isu beberapa individu yang cuba merakam dan memuat naik filem tersebut di media sosial menyebabkan ramai netizen yang bengang menyelar tindakan golongan tidak bertanggungjawab itu. 
Selain itu, timbul pula isu ibu bapa membawa anak-anak kecil menonton filem berdurasi tiga jam itu membuatkan penonton lain berasa kurang senang. 
Perkara itu dikongsikan oleh Tweetfamous, Asrul Muzaffar di mana dia berasa terganggu sepanjang tempoh menonton filem itu dek ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. 


“Tadi tengok Avenger: Endgame show 9:30 AM kat TGV Cheras Selatan. Ada one couple seat belakang aku bawa anak kecik yang tak berhenti bercakap, meraung dan menangis throughout the movie. 
“Waktu scene action okay juga sebab sound kuat. Tapi bila dia meraung during quiet scenes..
“Aku ada toleh belakang (few patrons shushed them) and the mother bawa anak dia yang sedang meraung keluar hall. Then depa masuk balik. Lepas few times, aku rasa semua dah malas nak tegur dan ignore je. 
“I was annoyed at first. Under normal circumstances, I would’ve told them off. Tapi bila fikir balik efforts couple tu buat advanced booking for first day screening, aku cuba ignore dan keep focusing on the screen. 
“But please lah young parents. This is a 3 hour movie! Jaranglah aku jumpa budak kecik yang boleh sti still during a three hour movie. 
“Jadi, pada couple with small kid yang nak tengok Avenger: Endgame, please be considerate to other patrons. Find a babysitter or got watch at family friendly cinema,” katanya. 
Sementara itu, netizen lain bersetuju dengan teguran Asrul di mana gangguan seperti itu boleh menghilangkan fokus penonton pada filem tersebut. 










Sumber : TheReporter