Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM 32,000

Apakah yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan anda peminat tegar filem Avengers? Sudah ada peminat lain yang melakukan maraton tanpa henti kesemua filem di dalam MCU sebelum menonton End Game. Bagi golongan peminat yang tidak mempunyai masalah kewangan, pengecas nirwayar berbentuk Infinity Gauntlet kini boleh dimiliki.

Seperti biasa produk aksesori mewah ini dihasilkan oleh firma Caviar dari Rusia. Peranti boleh dicas di telapak tangan sarung tangan ini yang diperbuat daripada emas. Terdapat enam batu bernilai iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine dan ambar. Berapakah harga yang perlu dibayar untuk memiliki pengecas nirwayar Infinity Gauntlet ini? Jawapannya ialah hanya $7660 (RM31,783) sebuah dan adalah lebih murah dari mengorbankan nyawa yang tersayang di Planet Vormir.

Sumber : Amanz