#Amanz24 – Samsung Galaxy A70 RM1999, Mi 9 SE Akan Datang Ke Malaysia

Samsung kini nampaknya telah mula menawarkan telefon pintar Galaxy A70 untuk pasaran tempatan, dimana ia ditawarkan pada harga RM1999.

Selain itu, Xiaomi Malaysia kini turut telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Mi 9 SE pada minggu hadapan di Malaysia.

Dan akhir sekali, kini Shopee telah mula menawarkan jualan rumah, kereta dan motosikal dalam platform edagang mereka, sekaligus mempelbagaikan lagi penawaran yang disediakan oleh mereka pada laman edagang berkenaan.

Sumber : Amanz