Kes Saman Keatas Apple Kerana Masalah Butang Kuasa iPhone 4, 4S Dan 5 Akan Didengari Tahun ini

Adakah anda mengalami masalah butang kuasa pada iPhone 4, 4S dan 5 yang dimiliki? Sebilangan pengguna tiga peranti di atas melaporkan masalah ini dan telah memfailkan saman ke atas Apple pada tahun 2013 kerana syarikat tersebut dituduh tidak menyelesaikan masalah ini. Selepas penantian selama hampir enam tahun, kes ini akhirnya akan didengari di mahkamah California pada bukan Oktober hadapan.

Masalah dikatakan berlaku sekitar setahun selepas iPhone 4 dan 4S dibeli dan sekitar tiga tahun selepas iPhone 5 dibeli. Butang kuasa pada peranti dikatakan tidak responsif apabila ditekan dan menyusahkan pengguna. Apple ada menawarkan program baik pulih percuma untuk butang kuasa iPhone 5 sahaja selepas sepuluh bulan masalah dilaporkan. Sekiranya kes dimenangi, Apple akan diminta memberikan ganti rugi kepada pengguna yang melakukan baik pulih butang kuasa menggunakan wang sendiri.

Sumber : Amanz