Rasmi : Axiata Dan Telenor Mengumumkan Hasrat Untuk Mengabungkan Operasi Di Asia

Lanjutan daripada desas-desus awal pagi ini, kini Axiata dan Telenor secara rasminya telah mengumumkan hasrat mereka yang mana mereka kini dalam perbincangan untuk menubuhkan sebuah entiti global – yang mana akan mengabungkan operasi Axiata dan Telenor di ASEAN dan juga Asia Selatan.

Melalui syarikat baru ini, ia akan mempunyai kawalan operasi telekomunikasi di enam buah negara dengan posisi nombor satu, selain di dua negara sebagai syarikat telekomunikasi kedua terbesar. Melalui syarikat baru ini kelak, Telenor akan memegang pegangan sebanyak 56.5% pada syarikat baru, sementara Axiata akan memegang sebanyak 43.5%.

Selain itu, operasi Celcom dan Digi juga akan digabungkan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Disamping syarikat telekomunikasi, perniagaan infrastruktur seperti edotco dan pusat inovasi juga akan digabungkan dalam memacu arena telekomunikasi.

Telenor dan Axiata akan berbincang ke arah menjayakan penanda-tanganan perjanjian baru ini menjelang penghujung suku ketiga 2019 kelak. Seperti biasa, selepas perjanjian dipersetujui, ia akan melalui sejumlah proses pengesahan – termasuk kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum syarikat disatukan ini ditubuhkan sepenuhnya.

Sumber : Amanz