Apakah Yang Animasi ‘Spongebob Squarepants’ Mengajar Kita?

Spongebob
– mengajar kita kalau terlalu taksub, obses dan fanatik, sikap-sikap itu akan
menghancurkan diri kita. Banyak episod yang menunjukkan bahawa ciri utama sikap
Spongebob adalah keobsesannya terhadap sesuatu seperti obses dengan barang
buangan sehingga mengotorkan diri dan tempat kerja, obses dengan permainan
sehingga Gary dan kebersihan rumah terabai, obses dengan jaring obor-obor
sehingga memutuskan tali persahabatan, obses dengan Krabby Patty sehingga dijadikan teman wanita, dan lain-lain lagi
yang akhirnya memusnahkan dirinya sendiri.

Patrick
– mengajar kita persahabatan tidak memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan.
Patrick merupakan makhluk yang tidak cerdik dan tidak berotak – tapak Sulaiman
memang tidak berotak. Tetapi apa sahaja yang dihadapi oleh Spongebob, Patrick
ada di sisinya. Patrik menuruti segala perangai gila-gila Spongebob. Terdapat
episode istimewa yang memaparkan Patrick menjadi bijak kerana otaknya tertukar.
Tetapi Patrick membuat keputusan untuk mendapatkan otaknya semula kerana tidak
mahu mengembalikan semula persahabatannya dengan Spongebob. Patrick pernah berkata,
Kepandaian tidak dapat menggantikan
persahabatan, aku memilih untuk menjadi bodoh.

Squidward
– sering mengingatkan kita pada realiti ketika kita lalai dengan mimpi dan
idealiti kita. Pasti semua orang dapat mengaitkan dan merasakan betapa dekatnya
watak Squidward dalam diri anda. Setiap pertuturan yang diucapkan dari mulutnya
– terutamanya tentang pekerjaannya sendiri – membuatkan anda rasa tersentap
betapa dekatnya perasaan Squidward dengan anda. Squidward merupakan watak yang
paling realistik dalam dunia fantasi Spongebob.

Gary
– mengajar setiap kejayaan yang anda capai dalam hidup, tentu akan ada orang
lain telah membantu anda sama ada secara langsung ataupun tidak. Gary merupakan
watak paling pasif. Namun, kalau anda perasan, banyak kesusahan yang dialami
oleh Spongebob, dibantu oleh Gary tanpa disedari oleh Spongebob sendiri.

Mr.
Krabb – mengajar untuk tidak berasa hairan kalau ada orang miskin yang obses
dengan duit kerana mereka tahu betapa susahnya hidup mereka tanpa duit. Krabb
berasal daripada keluarga yang miskin. Keobsesannya terhadap duit kerana dia
tahu duit dapat mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Pearl
– mengajar anda terdapat perkara yang lebih penting dan lebih berharga
berbanding wang iaitu keluarga dan kawan-kawan rapat. Kemunculan Pearl sentiasa
menyentuh betapa kedekutnya ayahnya sendiri, Krabb untuk melabur untuk anak
sendiri. Akhirnya, Krabb sendiri tidak kisah membelanjakan wang dia obses
asalkan anaknya bahagia.

Sandy
– mengajar anda supaya tidak lupakan asal usul dan budaya anda walaupun di mana
sahaja anda berada. Anda tentu tidak lupa dengan watak Sandy yang kerap
mengenakan topi koboi apabila beraksi. Perhiasan di rumahnya juga menggambarkan
tempat asalnya di Texas.

Plankton
– mengajar anda supaya tidak berputus asa walau sesukar mana pun perjalanan
untuk mengejar cita-cita. Orang yang menang mencari jalan, orang yang kalah
mencari alasan. Plankton jarang sekali merungut dan menacari lebih 1000 jalan
sehingga kelihatan pelik pada tontonan kita untuk mencuri resepi rahsia krabby patty.

Mrs.
Puff – mengajar anda betapa besarnya rintangan mendidik pelajar yang tidak
pandai dan tidak mahu belajar. Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengajar,
tentu lebih mudah urusan anda apabila anda diberikan tanggungjawab untuk
mengajar murid yang pandai dan dengar kata.

Karen
– isteri yang bagus adalah isteri yang sentiasa menyokong suami. Tidak bagusnya
apabila tetap menyokong walaupun suami melakukan kejahatan seperti yang berlaku
kepada Karen. Ataupun mungkin Karen pun sebuah komputer isteri yang jahat.

The post Apakah Yang Animasi ‘Spongebob Squarepants’ Mengajar Kita? appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots