Xiaomi Pocophone F1 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1099

Hari ini, pihak Lazada telah memulakan promosi bersempena Raya, dimana sejumlah barangan ditawarkan pada harga diskaun. Antaranya adalah termasuk telefon pintar, termasuk Xiaomi Pocophone yang ditawarkan pada harga serendah RM1099.

Pocophone F1 Android Pie

Xiaomi Pocophone F1 hadir dengan cip Snapdragon 845, dijana memori 6GB RAM dan storan 64GB. Pada penawaran prestasinya, ia boleh dikatakan antara peranti yang berbaloi dipasaran pada hari ini pada harga yang ditawarkan.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan Pocophone F1 ini pada harga serendah RM1099 melalui Lazada hari ini.

Sumber : Amanz