Sisa Plastik Yang Dibuang Manusia Ditemui Di Dasar Laut Paling Dalam

Keterujaan sebuah pasukan dalam siri penerokaan dasar laut untuk mencari spesis haiwan marin yang baharu sambil mencipta rekod selaman laut yang paling dalam pernah diterokai manusia bertukar seram apabila mereka menemui sisa plastik yang dibuang manusia berada di dasar laut semasa sesi penerokaan tersebut dijalankan.

Victor Vescovo, peneroka yang membuat selaman tersebut, telah turun sejauh 6.8 batu menggunakan kapal selamnya di Mariana Trench yang juga merupakan dasar laut paling dalam terletak di bahagian lautan pasifik.

Beliau mengambil masa selama empat jam untuk meneroka dasar laut itu dan pasukan projek tersebut percaya bahawa beliau telah berjaya menemui empat spesis udang terbaharu yang menyerupai plankton.

Namun bukan itu sahaja, beliau turut menemui beg plastik serta plastik pembalut gula-gula di dasar laut tersebut.

Oleh yang demikian, saintis akan menguji hidupan yang telah di ambil hasil daripada penerokaan tersebut untuk melihat sama ada ianya tercemar dengan mikroplastik ataupun tidak.

Vescovo yang juga merupakan seorang usahawan daripada Dallas, telah membuat selaman tersebut dalam sebuah kapal selam yang dikenali sebagai Limiting Factor bagi menjalankan sebuah projek yang diberi nama ‘Five Deeps Project’.

Gambar: InsideHook

“Ianya hampir tidak dapat dizahirkan dengan perkataan tentang betapa terujanya kami selepas berjaya mencapai apa yang kami cuba lakukan ini.

“Kapal selam ini dan kapal induk ini, berserta pasukan yang hebat ini, telah berjaya mengangkat teknologi marin ini sehingga ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Vescovo.

Penerokaan pertama yang pernah dibuat di Mariana ini dilakukan pada tahun 1960, ketika itu ianya dilakukan oleh Don Walsh dan Jacques Piccard.

James Cameron, pengarah filem The Abyss dan Titanic, merupakan pemegang rekod selaman yang terdahulu. Beliau memegangnya pada tahun 2012 ketika menyelam sambil memfilemkan cerita tentang eksplorasi dasar laut yang dipanggil ‘Deepsea Challenger’ kurang 66 kaki sahaja dari selaman yang dibuat oleh Vescovo.

Sumber: Mirror

Sumber : SiakapKeli