Ambil Tindakan Segera, Ini 7 Tips Mudah Untuk Atasi Masalah Kemurungan

World Health Organization (WHO) menyatakan kadar bunuh diri akan meningkat kepada satu orang setiap 20 saat pada tahun 2020.

Depresi atau kemurungan dijangka menjadi penyakit mental utama di Malaysia menjelang tahun hadapan disebabkan tekanan di tempat kerja atau masalah keluarga.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masalah depresi di negara ini meningkat sebanyak 50% dalam tempoh 4 tahun.

Antara simptom depresi ialah;

  • rasa sedih tanpa sebab
  • selera makan berubah – perubahan berat badan melebihi 5% dalam tempoh sebulan
  • masalah tidur – tidak boleh tidur (insomnia) atau banyak tidur (hipersomnia)
  • cepat marah
  • rasa letih berpanjangan
  • rasa hidup tiada tujuan dan putus harapan
  • rasa tidak gembira ketika melakukan hobi sendiri

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini, anda tidak bersendiri. Berdasarkan satu tinjauan kesihatan, satu daripada lima orang remaja di Malaysia mengalami kemurungan, dua dari lima mengalami anxiety, 11.2% berfikir untuk bunuh diri dan 10.1% melakukan cubaan bunuh diri.

Tidak mengapa. Depresi bukan salah anda. Tiada siapa yang memilih untuk jatuh sakit. Jadi, untuk mengurangkan kesakitan itu, tips-tips ini mungkin boleh anda cuba.

1. Tulis diari

(Gambar: Kickstarter)

Nampak biasa, tetapi dengan menulis diari, anda akan dapat rasai kesan positif yang ketara. Tulis segalanya yang anda suka tentang diri anda. Ianya sukar ketika anda membenci diri sendiri, tapi tidak mengapa. Tulis sahaja kebaikan yang pernah anda lakukan walau sekecil zarah. 

Tulis segala nikmat yang anda syukuri. Nikmat mata yang boleh melihat, nikmat hidung yang boleh bernafas, nikmat air untuk anda minum. Semua nikmat yang anda boleh fikirkan walaupun terlihat kecil.

Di saat anda takut dihakimi apabila meluahkan masalah, diari menjadi pendengar setia. Melalui cara ini, anda dapat meluahkan segalanya masalah di dalam hati dan memberi ruang kepada minda sendiri untuk menjadi lebih positif. Ingat, media sosial bukan diari!

2. Jauhi media sosial

Uninstall aplikasi sosial dalam telefon pintar anda. Media sosial hanya akan menambahkan beban kepada mental anda. Berhenti bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Apa yang dikongsi influencer di media sosial hanyalah sisi positif hidup mereka kerana mereka dibayar untuk mengiklankan gaya hidup mereka melalui review yang diterima.

3. Makan makanan sihat

Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan hormon dan mengganggu psikologi anda. Ambil makanan yang mengandungi vitamin B, serotonin dan omega-3. Serotonin dan omega-3 dapat menstabilkan mood anda. Antaranya ialah pisang (serotonin), telur, ikan bilis, sardin dan makarel (omega-3).

(Gambar: Cellcode)

4. Dapatkan cahaya matahari

Cahaya matahari terbukti dapat meningkatkan kandungan serotonin dalam badan sekaligus membuatkan anda berasa lebih baik.

5. Dekatkan diri dengan alam

Pergi ke tempat yang menenangkan seperti air terjun untuk menyendiri dan menikmati keindahan alam. Bunyi air dan unggas akan membuatkan anda rasa lebih ‘hidup’.

(Gambar: Google)

6. Kalau tak okay juga, dapatkan khidmat profesional

Tiada masalah dengan mendapatkan khidmat profesional. Seperti penyakit lain, depresi juga perlu dirawat, bukan dipendam seorang diri. Abaikan persepsi negatif orang sekeliling kerana akhirnya, anda seorang yang menanggung kesakitan dialami.

Cara mendapatkan rawatan pakar psikiatri

7. Jika anda berfikir untuk bunuh diri, PAUSE

Berhenti sebentar. Tanam dalam hati, masalah ini juga pasti berlalu. Mati itu pasti, tak lewat dan tidak awal sesaat. Biarlah kita mati dalam keadaan tiada penyesalan kerana seperti hidup, mati juga hanya sekali.

Seorang ilmuwan berkongsi,

“Berapa banyak orang yang memakai baju di waktu pagi, yang melepaskan bajunya adalah orang lain di waktu dhuha ketika dia telah menutup mata meninggal dunia. Berapa ramai orang yang memakai sepatu di waktu siang, orang lain yang melepaskannya di waktu petang ketika dia telah menuju ke Alam Barzakh. Tiada batasan yang lebih tipis antara batas hidup dan mati. Dunia tempat kita meninggal bukan tempat untuk kita tinggal.”

(Gambar: Google)

Jika anda benar-benar berputus asa dengan kehidupan, ingatlah sabda ini;

لا يَتمنَّينَّ أحدُكمُ الموتَ مِن ضُرٍّ أصابَهُ، فإن كانَ لا بدَّ فاعِلًا، فليقُلْ اللَّهُمَّ أحيِني ما كانتِ الحياةُ خَيرًا لي، وتوفَّني إذا كانتِ الوفاةُ خَيرًا لي

Maksudnya: “Janganlah mengharapkan kematian kerana tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan:

‘Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’!”

Riwayat al-Bukhari, no. 5671, dan al-Nasa’i, no. 1820.

Moga dipermudahkan urusan anda dan diberi kelapangan jiwa.

Sumber: Help Guide, Dr. Ramli Musa, WebMD, Mind Food, Healthline

Sumber : SiakapKeli