Ada Gegaran Dilaporkan, Saiz Bulan Semakin Kecil – NASA

Jika kita selalu mendengar perkataan “Earthquake” atau gempa bumi yang sering dikaitkan dengan peralihan plat tektonik sudah pasti perkataan “Moonquake” sudah tidak asing lagi dengan kehidupan seharian kita.

“Moonquake” atau lebih dikenali sebagai gegaran pada bulan adalah satu fenomena angkasa yang didapati boleh mengecilkan saiz bulan.

NASA

Satu kajian daripada NASA menunjukkan bahawa saiz bulan didapati semakin mengecil, dan juga berlaku gegaran kecil disana.

NASA
NASA

Kenyataan tersebut telah dibuat dalam sebuah laporan oleh NASA sendiri yang bertarikh 13 Mei 2019, saiz bulan semakin mengecil sehingga 50 meter daripada saiz sebelum ini.

Menurut saintis dari Center for Earth and Planetary Studies di Smithsonian’s National Air and Space Museum, Thomas Watters berkata, bulan juga semakin sejuk dan getaran terus berlaku sehingga ke hari ini.

“Analisis kami memberi maklumat pertama bahawa bencana ini masih aktif dan mungkin menghasilkan gegaran pada bulan ketika bulan terus menyejuk dan semakin mengecil.”,katanya yang merujuk kepada pergerakkan permukaan bulan seperti yang diambil dengan menggunakan kamera LROC. Imej dibawah menunjukkan beberapa kesan hasil daripada pergerakkan permukaan bulan.

Sumber: NASA

Sumber : SiakapKeli