UNISZA Peruntuk Hampir RM500,00 Duit Raya Untuk Pelajar

Kuala Nerus : Buat julung kalinya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengagihkan sumbangan duit raya sebanyak RM495,500 kepada 9,910 pelajar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata sumbangan duit raya akan diberikan kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah di universiti tersebut.

“Sumbangan duit raya ini mencerminkan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan pelajar. Universiti juga berhasrat menyuburkan budaya kasih sayang dan berharap pelajar gembira sepanjang belajar di UniSZA” katanya pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar, di sini hari ini.

Katanya kesemua pelajar itu akan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap orang termasuk pelajar bukan muslim bermula minggu hadapan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

Sumber : Bernama

Sumber : SiakapKeli