Dominic Toretto Buat Pengumuman Mengejut Kemunculan Filem Fast & Furious 9

Bagi peminat filem Fast & Furious, mungkin apa yang ditunggu-tunggu oleh anda akan menjadi kenyataan apabila pengarah filem itu sendiri membuat satu pengumuman yang mengejutkan dengan kemunculan filem Fast & Furious 9.

Screenrant

The Rock atau Dwayne Johnson sebelum mengumumkan tidak akan muncul dan terlibat dapat sekuel Fast & Furious 9 disebabkan terlibat dalam spin-off filem Hobbs & Shaw.

Kenyataan tersebut telah dibuat melalui Instagram miliknya baru-baru ini.

Oleh itu, ramai yang mula merasakan filem sekuel kali ini bakal hilang sengatnya kerana kehilangan The Rock dan Jason Statham yang banyak memberi impak dalam filem ini. Namun, produser Vin Diesel mempunyai perancangan tersembunyi apabila bakal menampilkan seorang lagi superstar wrestling iaitu John Cena.

Vin tidak menerangkan secara jelas peranan John Cena, namun berdasarkan andaian, besar kemungkinan peranan itu bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh watak The Rock.

Fast & Furious 9 ini bakal diarahkan oleh Justin Lim dan diberi tanggungjawab untuk mengubah format perlumbaan jalanan kepada sebuah aksi menyelamatkan dunia.

Sumber : SiakapKeli