Mengecas Telefon Bimbit Menggunakan Nafas Sendiri

Titisan
air mungkin bukan sumber tenaga pada anda tetapi ia mampu membentuk
keelektrikan statik yang dipanggil sebagai hygroelectricity
– dikatakan merupakan sumber caj elektrik yang menghasilkan kilat. Caj dalam
titisan air ini dapat dialihkan ke zarah kecil seperti habuk.

Sekumpulan
penyelidik telah menunjukkan tenaga seperti ini dapat dihasilkan melalui grafin
– karbon dua dimensi. Lubang kecil dalam struktur grafin menyerap air kemudian
berlakunya proses pengionan yang menjana arus elektrik.

Walau
bagaimanapun struktur grafin tersebut terlalu besar dan tegar untuk dijadikan
sebagai aplikasi teknologi berskala kecil seperti telefon bimbit. Untuk
menyelesaikan permasalahan ini, sekumpulan penyelidik dari Tsinghua University dan Beijing
Institute of Technology
telah menghasilkan penjana daripada filem grafin
oksida nipis yang mampu merenggang dalam pelbagai skala struktur.

Untuk
menghasilkan penjana hygroelektrik
yang fleksibel, para penyelidik ini menggunakan laser untuk memaparkan corak
pada grafin oksida yang telah ditelakkan pada permukaan filem. Mereka mampu
mengembalikan struktur dan sifat asal grafin tulen dengan membuang sebahagian
besar oksigen. Filem tersebut dapat dilipat dan direnggan tanpa menghilangkan
kemampuannya untuk menuai elektrik.

Menyembur
titian air ataupun menghembuskan nafas pada permukaan penjaan tersebut dapat
menghasilkan voltan setinggi 1.5 V – sama nilai dengan bateri AA.

RUJUKAN:

  1. Yang, C.,
    Huang, Y., Cheng, H., Jiang, L., & Qu, L. (2019). Rollable, Stretchable,
    and Reconfigurable Graphene Hygroelectric Generators. Advanced
    Materials
    31(2), 1805705.
  2. https://www.newscientist.com/article/2186434-graphene-generators-could-let-you-recharge-a-phone-with-your-breath/
  3. New
    Scientist ISSUE 3206 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist
    against any claim arising from incorrect or misleading translation.

The post Mengecas Telefon Bimbit Menggunakan Nafas Sendiri appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots