Kajian Penyelidik Perancis Dakwa Lampu LED Boleh Menyebabkan Kerosakkan Pada Mata

Menurut pemerhatian kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan Perancis, “lampu biru” dalam pancaran cahaya LED boleh merosakkan retina mata dan mengganggu irama tidur semulajadi (natural sleep rhythms).

Penemuan ini di sahkan oleh Agensi Perancis dan Makanan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Pekerjaan dan Keselamatan (NSES) dan mengesahkan kebimbangan awal kepada ‘pendedahan cahaya LED yang tinggi boleh membawa kepada kehilangan sel retina yang tidak apat dipulihkan, atau ketajaman pandangan akan berkurang’

Lampu LED banyak digunakan untuk pencahayaan rumah, jalan serta pejabat dan juga industri. Selain itu, lampu jenis ini juga semakin banyak dijumpai di lampu jenis auto, lampu suluh dan beberapa jenis mainan kanak-kanak.

Laporan yang dibukukan setebal 400 muka surat turut menyatakan bahawa pendedahan yang berpanjangan ini dapat mempercepatkan penuan tisu retina, menyumbang kepada penurunan ketajaman penglihatan dan penyakit degeneratif tertentu seperti degeneratif makula yang berkaitan dengan manusia.

Teknologi jangka panjang, tenaga yang cekap dan murah, diod pemancar cahaya (LED) telah mencecah hampir separuh dari pasaran pencahayaan umum dalam satu dekad, dan mencapai 60% menjelang akhir taun depan.

Pembuat lampu mentol LED yang terkemuka di dunia ialah GE Lighting, Osram dan Philips telah menggunakan teknologi asas iaitu menggabungkan panjang gelombang LED seperti biru atau ultraviolet dengan salutan fosfor kuning. Semakn putih atau ‘sejuk’ cahaya, semakin besar bahagian biru dalam spektrum.

LED dari telefon bimbit, tablet dan komputer riba tidak menimbulkan sebarang kerosakan pada mata pengguna kerana kecerahanya sangat rendah berbanding jenis pencahayaan lain, kata Francine Behar-Cohen, pakar mata merangkap ketua kajian itu.

Namun begitu, pencahayaan yang dari senarai yang disebutkan diatas memberi kesan jika ia digunakan pada waktu malam atau pada suasana yang gelap, kerana ia boleh mengganggu irama biologi seterusnya gangguan pada pola tidur.

Hal ini kerana lensa kristal dimata mereka tidak terbentuk sepenuhnya, terutama kanak-kanak dan remaja yang melakukanya dengan kerap lagi mudah ia mempengaruhinya, menurut laporan ANSES.

Untuk jangka panjang, jika ia masih diteruskan lagi, ada kemungkinan keadaan menjadi lebih teruk sehingga boleh mengganggu metabolik seperti kencing manis sertapenyakit kardiovaskular dan beberapa bentuk kanser, menurut Dina Attia, seorang penyelidik dan pengurus projek di ANSES.

ANSES juga mengesyorkan kepada pengeluar mana-mana industi yang menggunakan lampu LED untuk menghadkan keamatan cahaya lapu kenderaan yang sebahagianya terlampau terang.

Sumber: The Jakarta Post

Sumber : SiakapKeli