Lucu, Wanita Kongsi Gambar Pasangan Musang Ceroboh Rumahnya Untuk Bermain Trampolin

Sepasang musang telah ditangkap secara tidak sengaja oleh seorang peminat haiwan ketika sedang bermain di tamanya pada larut malam.

Dora Nightingale, 55 tahun telah memasang kamera untuk merakam sepasang musang yang sering masuk ke laman rumahnya pada malam hari di Worthing, West Sussex.

Dia yang pertama kali menangkap pasangan comel itu yang sedang bermain pada awal tahun ini dan menjadi peminat kepada mereka sehingga beliau memberikan nama panggilan Woody dan Willow.

Sebelum ini, ada juga musang liar lain datang ke laman rumahnya , hampir sekitar 3 tahun namun selepas itu, haiwan itu tidak kelihatan lagi. Kini, pasangan musang ini yang sering bermain ke laman rumahnya.

Kerana selalu sering bermain ke laman rumahnya, dia membeli mainan, patung, bola dan juga trampolin. Pasangan comel itu kelihatan bahagia dan gembira bermain bersama. Selain itu, dia juga meninggalkan makanan dan minuman buat pasangan ini.

“Mereka sedang membesar, rasa ingin tahu mereka sangat tinggi jadi saya mmbeli trampolin untuk mereka”

“Mereka dilihat sangat gembira dan bersenang lenang bermain di taman ini. Mereka belajar menerkam dan menyambung semula bermain”

“Saya pernah percaya musang mempunyai perangai yang buruk. Kini saya ingin mengubahnya”

“Mereka pintar, cantik dan lucu. Dan anda mungkin sukakan mereka sama seperti saya sukakanya”

Rakaman video menunjukan selepas itu menunjukan pasangan itu makan dan minum, kemudian menyambung semula bermain trampolin.

Sumber: Metro.co

Sumber : SiakapKeli