Kopi Termahal Di Dunia, Secawan Cecah Sehingga RM 300

Sebuah kafe di Amerika Syarikat mendakwa pihaknya merupakan penjual kopi termahal di dunia berharga USD 75 (RM 313) secawan, lapor majalah Time.

Klatch Coffee dikatakan menjual kopi berkenaan, Elida Natural Geisha 803 di dua buah cawangan kafenya yang terletak di California dan San Francisco.

803 merujuk kepada kod nama biji kopi yang mencatatkan harga rekod dunia apabila dijual pada harga USD 803 (RM 3,353) bagi setiap paun baru-baru ini selepas berjaya memenangi pertandingan Kopi Terbaik Panama, sebuah pertandingan yang dianggap setaraf dengan Anugerah Oscar.

Hanya terdapat kira-kira 100 paun (45 kilogram) sahaja kopi berkenaan yang boleh dibeli dan kebanyakannya telah dipasarkan ke Jepun, Chinda dan Taiwan. Manakala Klatch Coffee yang merupakan satu-satunya kafe di Amerika Syarikat menjual kopi berkenaan berjaya membeli sebanyak 10 paun (4.5 kg).

Kopi berkenaan yang dikatakan sebagai kopi dengan kualiti terbaik didunia membuatkan para pembida saling berperang antara satu sama lain. Tahun lepas, satu paun kopi berkenaan dijual pada harga USD 601 (RM 2,509).

Malah, bagi penggemar kopi yang kaya dan bertuah, rata-rata berpendapat bahawa rasa kopi berkenaan amat berbeza dengan kopi-kopi yang lain.

Sumber: Time

Sumber : SiakapKeli