Perokok Hadapi Risiko Angi Ahmar Berulang Lebih Tinggi

Perokok tegar yang pernah mengalami angin ahmar besar kemungkinan untuk diserang penyakit itu lagi sekali ssekiranya mereka tidak berhenti merokok atau, sekurang-kurangnya mengurangkan tabiat merokok mereka, menurut satu kajian di China.

Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung dan angin ahmar. Bagaimanapun, kajian terbaru dijumpai memberi penjelasan lanjutan mengenai bagaimana tabiat merokok dipengaruhi risiko mengalami angin ahmar buat kali kedua.

Seramai 3069 pesakit angin ahmar terlibat dalam kajian ini, 1475 atau 48% masih lagi merokok manakala, 9% sudah berhenti merokok. Dalam kalangan mereka yang masih merokok, 908 atau 62% berjaya berhenti merokok dalam tempo beberapa bulan setelah mengalami angin ahmar.

Malah, kajian ini membuktikn mereka yang terkena angin ahmar kali kedua adalah mereka yang masih merokok berbanding yag sudah berhenti merokok.

Bagaimanapun, risiko para perokok yang berhenti merokok untuk mendapat serangan angin ahmar adalah sebanyak 29% lebih rendah berbanding mereka yang masih lagi merokok.

Seua pesakit yang dimasukkan di dalam senarai kajian masih lagi hidup, sekurang-kurangnya tiga bulan selepas mereka mengalami serangan angin ahmar.

Para perokok yang menghisap sehingga 20 batang setiap hari, menghadapi 68% lebih tinggi diserang angin ahmar berulang. Manakala bagi mereka yang merokok melebihi 40 batang sehari, naik hampir tiga kali ganda.

Sumber: Reuters

Sumber : SiakapKeli