18 Koleksi Tiara Milik Ratu Elizabeth II Yang Ringkas Dan Memukau

Ratu Elizabeth II, diputerakan pada 21 April dengan nama Elizabeth Alexandra Mary merupakan Ratu Uited Kingdom dan 15 negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Baginda juga menjadi ratu untuk negara Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepualauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent, Grenadines, Antigua, Barbuda, Saint Kitts, dan Nevis.

Baginda mula memerintah pada 6 Februari 1952 sehingga kini yang mengganti George VI. Walaupun baginda dilihat berdiri dari tampuk pemerintahanya yang sangat berkuasa, namun baginda tidak mempunyai kuasa langsung sebaliknya kuasa baginda hanyalah terhad kepada budi bicara dengan mana-mana negara Alam Komanwel.

Sepanjang baginda hidup, baginda tidak lepas menjadi perhatian mana-mana lensa kamera. Ramai yang takjub melihat barang kemas, tiara dan barang-barang lain yang dipakai oleh baginda. Dan setiap barang kemas yang digunakanya, terdapat cerita yang menarik. Di bawah ini terdapat 18 tiara milik keluarga Diraja Britain yang telah digunakan baginda, dan juga menantu-menantu baginda ketika mereka berkahwin.

1. The Diamond Bandeau Tiara

Meghan Markle, menantu baginda memakai tiara ini pada hari perkahwinanya. Menurut sumber dari Istana Kensington, tiara bandeau itu dibuat pada tahun 1932, namun batu yang terletak di tengah-tengah tiara itu dipahat dan diukir pada tahun 1893. Tiara itu dikhususkan buat baginda dan baginda mengenakanya pada hari baginda berkahwin pada 1953, juga pernah digunakan oleh Puteri Margaret, (kakak kepada Ratu Elizabeth).

2. The Girls of Great Britain and Ireland Tiara

Tiara ini pada asalnya merupakan hadiah yang diberikan kepada Ratu Mary (nenda ratu Elizabeth) pada tahun 1893. Tiara itu mendapat nama demikian kerana ia asalnya milik anak perempuan Great Britain dan Ireland. Queen Mary kemudianya menyerahkan kepada Ratu Elizabeth II sebagai hadiah perkahwinanya. Tiara ini sangat terkenal kerana ia boleh dijumpai di setem dan wang kertas.

3. The George IV State Diadem

Tiara ini dibuat dan direka khas untuk majlis pertabalan Raja George IV pada tahun 1821. Ia pernah digunapakai oleh Ratu Victoria (moyang Ratu Elizabeth II) dan Ratu Mary. Tiara itu kemudianya jatuh milik kepada Ratu Elizabeth II dan ia menjadi salah satu tiara kesayangannya. Ratu dilihat kerap mengenakanya jika pergi ke luar negara dan memakainya pada pembukaan parlimen.

Tiara ini mempunyai 1333 biji berlian dan memerlukan £8,216 (RM43,700) mengikut harga pada tahun 1800-an

        4. The Burmese Ruby Tiara

Kerajaan Burma pada masa dahulu pernah menghadiahkan hampir 100 biji rubi Burma pada hari perkahwinanya. pada tahun 1973, baginda kemudianya mengikat kesemua serpihan rubi bersama dengan batu berlian lain milik baginda.

5. The Halo Tiara

Tiara ini direka oleh Cartier pada tahun 1936, dan diberikan kepada Elizabeth Angela (ibu Ratu Elizabeth II) oleh suaminya sebelum perkahwinan mereka. Permaisuri kemudianya menghadiahkan kepada Ratu Elizabeth II sempena hari jadi ke-18 baginda. Ia pernah digunakan oleh Puteri Margaret dan Kate Middleton (menantu baginda). Ia menjadi terkenal ketika Kate mengenakanya pada hari perkahwinanya. Tiara itu mempunyai 729 ‘brilliants’ dan 149 baton berlian.

6. The Oriental Circlet

Tiara yang juga mempunyai set bersama dengan anting-anting dan rantai itu direka oleh Putera Albert, sebagai tanda ‘cinta agung’nya kepada Permaisuri Victoria. Ia juga menjadi salah satu daripada barang kesayangan dan kegemaran Ratu Elizabeth.

7. The Brazilian Parure Tiara

Negara Brazil pernah menghadiahkan Ratu Elizabeth II batu ‘aquamarine’ sempena pertabalan baginda. Baginda kemudianya menyuruh rakyatnya untuk mencari beberapa tiara yang sama supaya ia boleh dipadankan bersama. Ia kemudianya dijadikan set bersama dengan subang dan rantai.

8. The Queen Mary Fringe Tiara

Tiara ini direka pada tahun 1919 untuk Ratu Mary. Walaubagaimanpun, ia menjadi popular selepas Ratu Elizabeth dan anak perempuanya, Ratu Anne mengenakanya pada hari perkahwinanya. Fakta ringkas, ia juga boleh dipakai sebagai rantai dan ia menjadi kalung yang paling epik ketika zamanya.

  9 The Grand Duchess Vladimir Tiara

Pemilik sebenar tiara ini ialah Grand Duchess Vladimir dari Rusia. Ia kemudianya menjadi milik Ratu Mary sebelum diturunkan peda Ratu Elizabeth II. Ia menjadi koleksi peribadi yang tidak pernah dipakai sehingga sekarang.

 10. Queen Alexandra’s Kokoshnik Tiara

Tiara ini pada asalnya adalah milik Ladies of Society yang dikenakan pada hari perkahwinanya bersama dengan Raja Edward VII dan Permaisuri Alexandra pada tahun 1888. Ia kemudianya diturunkan kepada Ratu Elizabeth II.

 11. The Cambridge Lover’s Knot Tiara

Semua orang sangat mengenali tiara ini. Ia milik Puteri Diana yang dibuat untuk Ratu Mary pada tahun awal 1900 sebelum ia menjadi milik Ratu Elizabeth II. Ia digunakan oleh Puteri Diana sebagai hadiah perkahwinan dan juga turut digunakan oleh Kate Middleton.

 12.  The Lotus Flower Tiara

Kate Middleton juga mengenakan tiara ini, yang pada asalnya adalah milik bonda Ratu Elizabeth II. Ia pernah menjadi rantai yang pernah dihadiahkan oleh suainya sebelum diubah menjadi tiara. Ia pernah digunakan oleh Puteri Margeret dan pernah kali terakhir Ratu Elizabeth sebelum ia dipinjam oleh menantu pada hari perkahwinanya seterusnya dipakai oleh Kate.

13. The Greville Tiara

Awal pemilikan tiara ini ialah kepunyaan Dame Margeret Helen Greville, sebelum ia diserahkan kepada bonda Ratu Elizabeth II. Ia kemudian dipinjamkan kepda Duchess of Cornwell sempena perkahwinya bersama dengan Putera Charles. Walaupun tiara itu dipinjamkan, dia kelihatan sering memakainya.

14. The Delhi Durbar Tiara

Tiara ini dibuat khas untuk Ratu Mary pada tahun 1911 dan ia pernah diubah bentuknya. Ia kemudian diberikan kepada Ratu Elizabeth II, dan kemudianya dipinjamkan kepda Duchess of Cornwall juga. Tiara jenis ini adalah tiara terbesar yang pernah berada dalam simpanan baginda.

15. The Meander Tiara

Tiara ini pada asalnya diberikan kepada Ratu Elizabeth II oleh ibu mertuanya. Baginda kemudianya menyerahkan kepda anak perempuanya, Puteri Anne, yang kemudianya diturunkan kepada anak perempuanya Zara Philips yang memakainya pada hari perkahwinanya.

16. The Spencer Family Tiara

Tiara ini adalah tiara turun temurun dari keluarga Puteri Diana. Tiara ini juga dilihat tiara yang paling kerap digunakan oleh Puteri Diana iaitu ketika majlis perkahwinanya bersama Putera Charles. Bukan sahaja Puteri Diana, kakak, Lady Sarah Spenser (kiri) dan kakak iparnya, Victoria Lockwood (kanan) juga mengenakan pada hari perkahwinan mereka.

17. The Poltimore Tiara

Tiara ini direka khusus pada tahun 1870-an oleh bonda baginda dan dihadiahkan kepada Puteri Margeret dan dipakai pada hari perkahwinanya. Tetapi, tiara ini tidak disimpa oleh keluarga diraja Britain sebaliknya ia dilelong pada 2006 pada harga £926,400 (RM 4.9 juta).

        18. The George VI Sapphire Tiara

Ayahanda Ratu Eizabeth II telah memberi batu permata jenis sapphire yang pada asalnya adalah milik Raja George VI yang dihadiahkan pada 1947 sempena hari perkahwinanya. Batu itu kemudianya dimasukkan bersama dengan tiara miliknya yang direka pada tahun 1960-an. Ia juga disiapkan bersama dengan anting-anting dan rantai.

Sumber: MarieClaire

Sumber : SiakapKeli