11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pulau Ular, Salah Satu Tempat Berbahaya Di Dunia

Dimana-mana negara sahaja, terdapat tempat-tempat yang dianggap ‘rare’ dan teramat jarang untuk dikunjungi pelancong melainkan pelancong yang dianggap ‘gila’. Di Malaysia sahaja, antara tempat ‘terkenal’ adalah Highland Tower Mimaland dan beberapa tempat lain.

Tempat-tempat sebegini menjadi pilihan pengunjung yang mahu mencabar keberanian diri mereka sendiri. Jadi, di bawah ini, terdapat satu pulau yang terletak di Brazil, iaitu pulau ular.

Pulau Ular ini pada luaranya merupakan satu pulau yang indah. Dengan cuaca tropika, hutan hujan yang masih terjaga, pantai yang besar dan bersih. Namun begitu, pandangan kecantikan pulau itu hanyalah teretak di luaran sebaliknya, tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk ke pulau itu melainkan mereka yang sudah mendapat keizinan pihak berkuasa tempatan.

Pulau Ular, atau dikenali sebagai Ilha da Queimada Grande oleh penduduk tempatan itu dipenuhi dengan ribuan ular. Sebelum anda masukkan tempat ini di dalam senarai  ‘bucket list’ wajib pergi, ini dia senarai 11 perkara menarik mengenai pulau menyeramkan ini.

  1. Terdapat ribuan ekor bilangan ular

Dianggarkan terdapat lebih daripada 2,000 hingga 4,000 ular jenis Golden Lancehead di pulau itu. Ular jenis itu antara ular yang paling berbahaya di dunia. Bilangan ini hanyalah untuk satu jenis ular sahaja, bayangkan berapa banyak lagi bilangan ular mengikut spesis mereka

       2. Hanya satu jam sahaja untuk bertahan 

Jika anda masih memilih pulau ini untuk ‘makan angin’, ingat satu fakta ini, Jika anda dipatuk oleh ular dari pulau ini, terutamanya jenis Golden Lancehead, anda hanya punya satu jam sahaja untuk hidup. Dan, tempat terdekat untuk anda dapatkan rawatan ialah sekitar 90km dengan menggunakan bot laju dan itu bukan kiraan untuk ke hospital lagi.

        3.  Manusia pernah tinggal di pulau ini

Tahukah anda, pulau ini bukanlah hak milik asal semua ular-ular ini sebaliknya ia pernah didiami oleh manusia. Namun sekitar tahun 1900-an, keluarga terakhir yang kini menjadi lagenda ialah keluarga kepada penjaga rumah api. Diceritakan bahawa ular masuk ke dalam rumah dari celahan tingkap dan itu adalah kali terakhir yang dikatakan manusia pernah tinggal di sana.

        4. Tempat carian utama bisa-bisa berbahaya di dunia 

Golden Lancehead merupakan ular yang hanya hidup di pulau itu. Terlalu jarang ia dijumpai dimana-mana tempat lain. Begitu juga mana-mana ular berbisa yang lain. Jadi anda jangan risau, jika anda tidak ke pulau itu, anda tidak akan mati dipatuk oleh ular berbisa lain sekitar Brazil.

       5. Ular di sana lebih panjang berbanding di tempat lain

Golden Lancehead hanya boleh membesar sepanjang setengah meter sahaja, namun di pulau itu, ular membesar sehingga seakan tidak normal. Ia dianggap tidak sama seperti yang dianggap, sehingga ada sumber yang pernah ke sana menyatakan terdapat ular biasa sekitar setengah meter tetapi ular di pulau itu mempunyai kepanjangan lebih dari 10 meter.

       6. Pulau ular terjadi disebabkan oleh lanun

Lagenda menyatakan bahawa lambakan ular-ular itu adalah disebabkan oleh lanun. Menurut Business Insider, lanun yang melalui keliling pulau itu menjadikan pulau ular sebagai tempat untuk mereka menanam harta rompakan milik mereka dahulu. Apa yang menjadikan tempat itu selamat tanpa sesiapa pun yang boleh mengambilnya? ya, mereka meletakkan ular untuk ‘menjaga’ harta mereka.

       7. Semua ular di pulau itu tidak boleh berenang 

Menurut sumber dari Smithsonian, sekitar 11,000 tahun dahulu, pulau ular pernah bergabung dengan tanah besar Brazil. Masa berlalu, keadaan bentuk muka bumi turut berubah menjadikan hidupan dari serpihan yang terpecah itu kemudianya hidup dengan satu keadaan yang lain dari tempat lain, sama seperti sekarang.

Bisa-bisa ular di pulau itu hampir lima kali ganda lebih bahaya dari bisa ular di tempat lain. Begitu juga dengan spesis ular yang sama, di tempat lain, mereka boleh berenang, namun yang tinggal di pulau ular, kesemuanya tidak boleh berenang.

         8. Wajib datang bersama dengan doktor

Jika anda masih lagi mempunyai keinginan untuk datang ke pulau itu, anda diwajibkan membawa seorang doktor dari Brazil untuk menjaga anda. Kerajaan Brazil mengambil langkah ini dengan tujuan supaya anda tidak mati jika dipatuk.

         9. Ular dari pulau ini dijual dengan harga yang mahal

Apabila terdapat sesuatu yang pelik, akan ada juga manusia pelik yang meminatnya. Ini juga yang terjadi di pulau ini. Ular yang datang dari pulau ini sangat mahal dan dijual di pasaran gelap. Harga yang mahal dan permintaan yang tinggi, ramai penyeludup datang memerangkap ular dan menjualnya di pasaran gelap.

        10. Lagi sejarah yang ditinggalkan

Sejarah pertama ialah mengenai pasangan terakhir yang tinggal di rumah api, dan sejarah kedua ialah mengenai seorang nelayan yang miskin dan berkeliaran di laut. Dia yang tidak dapat ikan pada hari itu, pergi ke pulau ular untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.

Selepas sampai, dia menjumpai setandan pisang. Namun, ketika dia mengambilnya, ular yang ada di atas pokok menggigit tangannya. Ketika dia cuba melarikan diri, di dipatuk dengan banyak kali, sehingga dia sampai ke perahu, dia sudah mati.

          11. Perlu keizinan NAVY

Tidak cukup dengan keizinan pihak berkuasa Brazil, perlu mencari doktor untuk menemani anda ke sana, namun jika anda masih berminat untuk bercuti ke sana, anda perlu meminta kebenaran NAVY pula. Hal ini adalah kerana penduduk tempatan akan menolak untuk menghantar anda ke pulau itu. Jadi mahu tidak mahu, atas budi bicara dan keizinan NAVY yang membolehkan anda sampai ke pulau ular.

Sumber: The Travel

Sumber : SiakapKeli