Gambar ‘Pengintip’ Kota Mekah Tahun 1888 Dilelong Jutaan Ringgit

Gambar pertama Mekah yang dirakam pada tahun 1888 telah dilelong oleh sebuah syarikat lelongan. Gambar yang diambil oleh Orientalis Belanda itu dilelong dengan nilai £212,000 (RM1.13 juta).

Christiaan Snouck-Hurgonje berjaya mendapatkan gambar tersebut kerana telah mendapat akses ke bandar suci tersebut dengan berpura-pura mempelajari Islam.

Snouck-Hurgonje juga telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Mekka dan Bilder aus Mekka.

Buku tersebut telah ditulis oleh beliau ketika berkhidmat di konsulat Belanda di Jeddah pada pertengahan tahun 1880-an.

Gambar: Christiaan Snouck-Hurgonje

Beliau juga mempunyai pendidikan dalam kesarjanaan Islam dan telah menjadikan beliau sebagai calon ideal untuk Belanda bagi mengintip orang bangsawan Indonesia yang tinggal di Teluk.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah beliau diangkat dan berjaya merakam gambar Mekkah untuk pertama kali.

Sumber: Mail Online

Sumber : SiakapKeli