Dua Kali Bendera Palestin Dikibarkan, Kumpulan Iceland Berdepan Hukuman

Tindakan sebuah kumpulan yang tidak mendapat kebenaran pihak penganjur mengundang padah apabila mereka bakal dihukum kerana melanggar etika penyiaran dengan mengibarkan bendera Palestin tanpa kebenaran.

Kibaran bendera Palestin itu terlihat ketika penyanyi tersohor barat dengan kehadiran dua orang penari mempamerkan kain bersaiz bendera Palestin di belakang mereka.

Bendera itu juga dilihat dikibarkan pada waktu yang lain iaitu oleh sebuah kumpulan dari Iceland yang dilihat mengangkat selendang memaparkan bendera tersebut.

Tindakan itu telah mengundang kecaman daripada ramai penonton terhadap siaran langsung acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) memberitahu kumpulan itu akan dihukum kerana pihak mereka tidak akan berkompromi dengan tindakan sedemikian.

Berikutan hal berkenaan, penyanyi terkenal menyatakan perkara itu sebagai satu mesej perdamaian dan bukannya mempunyai agenda politik. Menerusi laman Twitternya, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat menyebarkan mesej kedamaian serta perpaduan untuk dunia.

Sumber: The Jerusalem Post

Sumber : SiakapKeli