Hampir 5 Bilion Populasi Dunia Dijangka ‘Pupus’ Jika Gunung Berapi Ini Meletus – Pakar

Satu dunia tahu kesan jika gunung berapi di Taman Negara Yellowstone akan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat akan berlaku dan seluruh dunia tidak dapat mengelaknya. Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72 km yang boleh dilihat daripada angkasa.

Untuk pengetahuan anda, jika anda gemar buka google map, anda pasti akan nampak betapa besarnya kawah yang berwarna warni ini. Letusan yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat.

Menurut Dr Jerzy Zaba, seorang ahli geologi di Universiti Silesia berkata sudah memberi peringatan untuk beberapa tahun terakhir ini. Beliau sudah meramalkan letusan yang sama dengan yang 640,000 tahun lalu akan memusnahkan separuh wilayah di Amerika Syarikat.

Bahan letusan akan meliputi 500 radius km dengan lapisan tebal. Kesan daripada itu, pelepasan gas sulfur yang sangat beracun ke atmosfera akan mengakibatkan perubahan iklim. Beliau menjangkakan sebanyak 5 bilion masyarakat dan kehidupan lain di sana akan mati akibat kelaparan dan sesak nafas akibat terhidu gas paling beracun di dunia.

Untuk mengelakan perkara ini lebih menjadi teruk, pemindahan orang awam ke negara lain perlu disegerakan kerana keadaan letusan gunung berapi tersebut agak merisaukan penduduk di sana.

Sumber: Dailystar

Sumber : SiakapKeli