Dua Minggu Lelaki Ini Menderita Sakit Hidung, Apa Yang Doktor Temui Dalam Hidungnya Amat Mengejutkan

Seorang lelaki yang menderita sakit di bahagian hidung sehingga hidungnya itu kerap kali mengeluarkan darah, terkejut apabila mendapati dua ekor lintah hidup di dalam hidungnya.

Satu video yang agak memualkan menunjukkan seorang doktor sedang mengeluarkan haiwan yang menyedut darah itu keluar daripada hidung pesakit tersebut.

Kedua-dua lintah tersebut dianggarkan berukuran sepanjang dua inci, dan didapati telah lama menjamah darah lelaki tersebut.

Gambar: Al Joumhouria

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Cao, yang berasal dari Hezhou, China, mendakwa bahawa lintah tersebut mungkin berada di dalam hidungnya ketika dia mencuci muka di dalam parit semasa bekerja di hutan dua minggu lalu.

Dia telah dikejarkan ke Hospital Guangji pada isnin selepas hidungnya didapati mengeluarkan darah secara berterusan selama sepuluh hari.

Doktor telah menemui lintah tersebut sedang melekat di bahagian dinding hidungnya semasa doktor melakukan ujian endoskopi hidung ke atasnya.

Gambar: Mirror

Jururawat Zhou Fucui menyatakan bahawa lintah tersebut berjaya masuk ke hidung pesakit itu ketika dia sedang mencuci muka.

“Kebiasaannya lintah akan bertelur di dalam air, dan telurnya itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar”, ujarnya.

“Ianya mudah untuk terperangkap seterusnya akan mendiami badan seseorang itu untuk jangka masa yang lama.” Tambahnya lagi.

Doktor berjaya mengeluarkan kedua-dua lintah tersebut dengan menggunakan sepasang forsep.

Gambar: Daily Mail

Sumber: Mirror

Sumber : SiakapKeli