“Sampaikan Salam Ku Buat Negaraku Yang Tercinta,” Noh Hujan Sebak Terima Nota Ringkas Dari ‘Seseorang’ Sebelum Berangkat Ke Syria

Mereka yang membesar dalam tahun 2000 pastinya mengenal kumpulan pemuzik Indie, Hujan. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan bait-bait lagu karya mereka seperti Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada dan Jiwa Kelajuan. Waktu itu, lagu ciptaan mereka sentiasa diulang siar di corong radio serta menjadi siulan ramai anak muda.

Sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pula manusia . Seiiring dengan masa, kini vokalis kumpulan terbabit Noh Salleh lebih memilih untuk menggunakan ‘suaranya’ untuk berbakti kepada masyarakat dunia. Semestinya beliau tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik namun keutamaannya kini lebih terarah pada misi kemanusiaan.

Gambar : Shazrina Azman

Noh bersama-sama isterinya, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sering melakukan kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam mahupun diluar negara. Malah nama pasangan selebriti ini sememangnya terkenal dalam dunia ‘kemanusiaan’ ini kerana sering dilihat pergi ke negara yang bergolak untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa di sana.

Misi Kemanusian Pada Bulan Ramadhan

Terbaru, Noh telah mengatakan bahawa beliau, isterinya serta beberapa orang rakan selebriti telah menuju ke Turki untuk memulakan misi Ramadhan. Mereka semua telah dipilih untuk mengagihkan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat sekitar sempadan Turki, dalam Syria dan Lubnan.

Noh dalam hantaran yang dimuatnaiknya di laman Instagram itu turut berkata bahawa:

“Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak insyallah jumpa di syurga. Sayang korang!”

Paling menyentuh hati adalah apabila ketika Noh menunjukkan sekeping nota yang diberi oleh warga Syria ketika Noh dan rombongan sukarelawan berada di KLIA. Ayat yang ditulis walaupun ringkas tapi memberi makna yang cukup mendalam. Menurut Noh, nota itu ditulis oleh seorang kanak-kanak Syria yang turut memberi pesan kepada dirinya :

“Tolong sampaikan salam kepada negaraku yang tercinta, aku begitu berharap dapat pergi bersama kamu dan pulang ke sana..”

Gambar : Shazrina Azman

Sementara itu, di laman Instagram isterinya, Shazrina Azman pula sempat memuatnaik gambar ynag memaparkan keadaan hari pertama ketika mereka selesai menyediakan makanan untuk berbuka di sana.

Sumber : Noh Salleh , Shazrina Azman 

Sumber : SiakapKeli