Berita Baik, BT Sport Umum Bakal Tayangkan Perlawanan Akhir UCL Dan UEL Secara Percuma

Berita baik bagi sesiapa yang tiada astro ataupun tidak melanggan pek sukan di rumah. BT Sport menerusi kicauan Twitter mereka mengesahkan bakal menyiarkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa secara percuma menerusi saluran Youtube rasmi dan aplikasi mobil mereka.

Saluran sukan yang berpengkalan di United Kingdom itu mengumumkan perkara tersebut mungkin kerana keempat-empat pasukan yang bakal berentap di pentas akhir peringkat tertinggi eropah ini datangnya dari England. Bagi perlawanan akhir UCL akan menemukan Liverpool menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Metropole Arena, Madrid pada 2 Jun 2019, sepak mula pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Manakala, perlawanan akhir Liga Europa pula bakal menyaksikan ‘London Derby’ diantara Chelsea dan Arsenal yang bakal berlangsung di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan pada 30 Mei 2019, sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Untuk rekod pertemuan Liverpool dan Spurs musim ini di Liga Perdana Inggeris, Spurs tewas kedua-dua perlawanan di Wembley dan Anfield manakala rekod pertemuan Chelsea dan Arsenal pula seimbang apabila Arsenal menang di Emirates dan Chelsea juga turut mencatat kemenangan di Stamford Bridge.

Sumber: BT Sport

Sumber : SiakapKeli