Samsung Galaxy S10 Dan S10+ Akan Ditawarkan Dalam Warna Baharu Cardinal Red

Strategi pemasaran yang kerap kami lihat digunakan oleh pengeluar ialah menawarkan warna baharu selepas beberapa bulan peranti dipasarkan. Bagi peminat peranti Samsung, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ nampaknya bakal ditawarkan dalam warna baharu Cardinal Red.

Ini didedahkan oleh Roland Quandt menerusi akaun Twitter beliau semalam. Warna merah yang digunakan adalah sekata dan bukanya cerun seperti Prism White atau Prism Green sebelum ini. Menurut Quandt lagi, warna ini akan ditawarkan telebih dahulu untuk pasaran Eropah dan Rusia terlebih dahulu. Penawaran waran Galaxy S10 ini menyamai apa yang dilakukan oleh Huawei P3o Pro dengan warna Amber Sunrise pada minggu lalu.

Sumber : Amanz